My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Friday, 9 May 2014

Kerak Kepala Bayi

Unknown | 12:06 pm | 2Comments |

Salam.

panduan hilangkan kerak kepala

Kerak kepala ini kelihatan seperti kelumumur. Hal ini terjadi disebabkan oleh kalenjar lemak kulit (sebum) keluar dari tempat yang sama dengan keluarnya rambut. Jika kalenjar lemak sangat aktif, pengeluaran lemak akan banyak dan apabila kering akan menimbulkan lapisan kerak. Kadangkala kerak yang terlalu banyak boleh menutupi kulit kepala bayi.

Namun anda jangan risau sekiranya bayi anda mengalami keadaan ini kerana kerak kepala ini tidak meninggalkan kegatalan mahupun membuatkan bayi anda tidak selesa. Cuma mungkin sebagai ibu bapa kita sendiri yang risau dan mahu menjaga kebersihan bayi kita. Berikut ada beberapa cara bagi menghilangkan kerak kerak kepala.

  • Cuci rambut bayi anda dengan kerap menggunakan syampu bayi dan kemudian tanggalkan kerak kepala yang ada.

  • Gosokkan minyak bayi atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi. Biarkan sekejap danv kemudian tanggalkan kepingan kerak kepala perlahan-lahan.

  • Anda boleh juga sapukan minyak kelapa pada kerak kepala tersebut dan biarkan semalaman. Keesokan harinya cucilah rambut bayi dengan air suam hingga bersih.

  • Selain dari cara di atas anda juga boleh mengamalkan petua lama ini yang mana terbukti berkesan. Mula-mula ambil segenggam kelapa parut dan campurkan dengan tiga ketul garam kasar. Masukkan campuran tadi ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sehingga keluar santan. Sapukan santan tersebut ke atas kepala bayi dan biarkan seketika. Cara ini jika diamalkan boleh menghilangkan kerak kepala dan dalam masa yang sama boleh rambut bayi anda menjadi semakin lebat dan kehitaman. 

Thank you for coming : )

2 comments:

Farah Waheda Wahid said...

salam tiey...hi-5, entri kita serupa hari ni..he he he...

http://www.bubblynotes.com/2014/05/kerak-kepala-bayi-ash-pernah.html

QasehnyaRania said...

tima kasih berkongsi.. tambah ilmu :)

maap lmbt bls jejak..