My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Thursday, 8 May 2014

Kenali Lelaki Mata Plastik!

Unknown | 8:05 pm | 0Comments |

Salam.

KANTA

Kebelakangan ini, kanta lekap juga adalah sebahagian daripada kecantikan. Untuk kaum lelaki, tidak salah untuk tampil berbeza dengan kanta lekap tetapi pastikan anda tahu bagaimana untuk menjaga kanta lekap agar bersih dan tidak merosakkan mata. Jika tidak, ini risiko yang bakal anda hadapi.


Secara semula jadinya, langkah ini pasti mengundang iritasi. Sebelum aktiviti ini, pastikan tangan dicuci bersih, hilangkan kotoran serta baki sabun pada tangan. Kuku juga perlu pendek agar tiada kesan calar pada kanta lekap. Jangan sesekali menggunakan air paip untuk membersihkan kanta lekap anda. Gunakan air khas untuk mencucinya.


KETIKA MENGGUNAKAN KANTA LEKAP TERLALU LAMA …

Saranan doktor agar tidak menggunakan kanta lekap pada jangka masa panjang adalah sangat munasabah. Kanta lekap akan menghalang oksigen kepada mata. Sekiranya anda memakai kanta lekap lebih dari tempoh sepatutnya, anda hanya akan merangsang risiko dapat ulser kornea atau lebih teruk, buta.

KETIKA MENGAMBIL UBAT-UBATAN…

Keluarkan dahulu kanta lekap sebelum menggunakan apa-apa titisan ubat-ubatan. Tahukah anda sesetengah ubat-ubatan akan mendatangkan implikasi pada kanta lekap sekiranya tidak dikeluarkan? Oleh itu, minta nasihat doktor sebelum menggunakan kanta lekap.

KETIKA MEMAKAI PELEMBAB WAJAH …

Ada sesetengah lelaki yang menggunakan pelembap wajah untuk mengelakkan kesan sinaran cahaya matahari. Pilih pelembap dari bahan yang bukan krim kerana apabila terkena pada kanta lekap, ia sukar ditanggalkan.

KETIKA ANDA MEROKOK …

Si perokok yang memakai kanta lekap berhadapan dengan lapan kali ganda risiko mendapat ulser kornea berbanding pemakai kanta lekap yang tidak merokok. Oleh itu, apa kata anda berhenti merokok untuk menjalani gaya hidup lebih sihat dan kacak dari segi penampilan. 



Thank you for coming : )

No comments: