My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Monday, 5 May 2014

NOVEL : Villa Hati

Noor Hayati | 12:25 am | 0Comments |

Salam.

Kesucian cintamu melerai keegoanku..


Edlan dan Villa cuba mengundarkan diri daripada jatuh cinta lagi kerana pengalaman masa lampau. Namun keputusan Edlan itu tergugat apabila bertemu Villa yang memiliki keistimewaan yang diharapkan oleh Edlan. Edlan mencuba sedaya upaya memikat hati Villa tetapi semuanya sia-sia belaka apabila Villa menyedari tujuan Edlan itu. Ketika mengikuti perkhemahan pelajar tahun akhir, keikhlasan hati Edlan telah menambat hati Villa tetapi kerana berpegang teguh kepada prinsipnya, Villa cuba menipu perasaanya sendiri. Pengalaman mereka memasuki kawasan larangan perkampungan orang asli telah menambah keresahan di hati Villa kerana demi menyelematkan nyawa mereka berdua, Edlan terpaksa menipu mengatakan Villa adalah isterinya, Malah mereka dilayan seperti sepasang suami isteri. Bukan itu sahaja, pertemuan Villa dengan nenek dan mak cik Edlan pula telah memaksa mereka berlakon sebagai sepasang kekasih untuk menjaga hati kedua orang tua itu. Demi mempertahankan pendiriannya Villa telah menerima lamaran seseorang lelaki cacat yang tidak dikenalinya. Sanggupkah Villa melupakan perasaanya yang berputik pada Edlan hanya kerana prinsipnya yang dipegang selama ini? Dan adakah Edlan akan membiarkan sahaja gadis pujaanya itu jatuh ke tangan orang lain?

P/S : Cerita nih memang best dan berlaku kat kelahiran tiey di Sabah. :D



Thank you for coming : )

No comments: