My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Saturday 23 April 2016

RESEPI : KUIH DANGAI

Unknown | 12:30 pm | 0Comments |

Salam.


Kalau kat sabah, kuih ni dipanggil kuih bangkit. Sedap sangatt!! Alahaii, tak sabar nak balik Sabah. Huhu..

Bahan - bahan :
3 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut
1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
1/2 camt garam halus
.
Cara-cara Membuatnya:
1. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan
2. Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. 
Perasakan dengan garam dan gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
3. Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
4. Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
5. Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.
6. Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata, ianya tidak perlu ditekan.
7. Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan

Thank you for coming : )

Friday 22 April 2016

Apa itu Freeletics?

Unknown | 2:24 pm | 0Comments |

Salam.


Freeletics adalah satu kaedah latihan senaman. Ia terdiri daripada senaman berintensiti tinggi dan disesuaikan sama ada latihan untuk cardio, strength atau endurance. Anda boleh bersenam di mana sahaja dan bila-bila masa menggunakan smartphone anda. Masa latihan anda akan direkodkan, anda boleh follow free-athlete dari seluruh dunia dan melihat rutin latihan mereka setiap hari. Freeletics adalah satu komuniti yang besar atlet.
Mengapa saya perlu lakukan Freeletics?
Terdapat pelbagai sebab untuk mulakan dengan Freeletics : mengawal berat badan dan membina otot, mengurangkan berat badan, gaya hidup sihat, meningkatkan stamina dan mengubah cara berfikir. Tidak kira apa yang anda mahu untuk mencapai ia akan mengubah hidup anda untuk memastikan anda lebih yakin dengan penampilan diri anda yang lebih sihat.
Adakah senaman Freeletics untuk lelaki atau perempuan sahaja?
Ianya untuk sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan kehidupan yang sihat. Tidak kira sama ada anda lelaki ataupun perempuan, matlamat kita adalah sama iaitu untuk menurunkan berat badan, membina otot, untuk penampilan diri yang lebih yakin dan sihat.
Adakah Freeletics benar-benar memberi kesan?
Ya, banyak yang sudah berjaya menurunkan berat badan dan mendapatkan berat badan yang ideal, ada juga yang berjaya meningkatkan fitness level bagi yang sememangnya aktif bersukan. Jika anda tidak yakin, anda boleh mendapatkan kisah kejayaan mereka di internet dan youtube.
Bagaimana Freeletics berfungsi?
Freeletics adalah kaedah latihan mengunakan berat badan tanpa memerlukan penggunaan peralatan lain kecuali bar/palang untuk digunakan semasa melakukan pullups. Tiada rehat semasa senaman dilakukan dan matlamatnya adalah untuk mendapatkan catatan masa lebih baik. Ini bagi memastikan hasil yang cepat dan perubahan besar struktur badan. Dengan memberi tekanan pada tubuh badan dengan kaedah ini (pushing the limits), ia dapat membantu menyesuaikan diri dengan cepat dan anda akan kehilangan berat badan atau membina otot dalam masa yang singkat.
Variasi latihan dengan Freeletics?
Setiap senaman datang dalam tiga variasi iaitu cardio, standard dan strength. Variasi cardio adalah yang paling mudah dilakukan tetapi dilakukan dengan jumlah ulangan lebih banyak. Variasi standard adalah dilakukan pada intensiti yang sederhana daripada latihan dengan ulangan dikurangkan. Akhir sekali, latihan strength adalah yang paling sukar untuk dilakukan tetapi mempunyai ulangan sebagaimana latihan standard.
Latihan utama adalah yang berikut:
sit-ups
push-ups
pull-ups
squats
deep squats
sprints
burpees
climbers
jackknives
high jumps
hand-stand push-ups

Berapa lama masa diambil untuk melakukan senaman Freeletics?
Kebiasaan senaman dilakukan pada jangka masa antara 3 minit hingga 30 minit. Jika anda baru melakukan Freeletics anda mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk melakukannya. Tetapi setiap kali anda melakukannya, masa anda akan menjadi lebih baik selepas beberapa minggu. Apabila anda berada di tahap itu, anda akan lebih berkeyakinan dan boleh melakukan senaman ini dengan mudah berbanding pada waktu permulaan anda mencuba senaman ini.
Di mana saya boleh lakukan senaman Freeletics ini?
Di mana sahaja. Anda boleh melakukannya di dalam rumah, di belakang rumah, taman, di mana-mana sahaja yang anda mahu melakukannya, asalkan ada ruang untuk anda bergerak. Ini adalah salah satu kelebihan yang terbaik Freeletics. Anda tidak bergantung kepada cuaca atau faktor-faktor lain.

P/S : I've been participate in freeletic for 2 weeks. Mula-mula tu memang rasa pening, mual, rasa nak pitam, tak larat, malas, and so on. Tapi disiplin kena kuatlah kan kalau nak kurus, so everyday saya akan buat dengan kawan-kawan saya. Jadi tak la rasa sakit sangat sebab buat dengan kawan-kawan yg saling support each other.  Freeletics tak semestinya kena buat every morning or evening. Its up to you, malan pun boleh buat. Yang penting tak boleh miss in week. Boleh cuti rehat, but just 1 day utk rehatkan muscle. 1 jam freeletic boleh bakar 500 kcal tupun saya buay yg basic je. Yg happy nya bila berat dah kurang 3 kg for only 2 weeks!! In shaa Allah nak istiqamah, hihi :)

Sekian, terima kasih. 

Thank you for coming : )

"Giveaway Cash APRIL PART #2 by Emas Putih "

Unknown | 1:52 pm | 0Comments |

Salam.


Thank you for coming : )

Tuesday 19 April 2016

SENSORI / DERIA PENDENGARAN KANAK-KANAK AUTISM

Unknown | 10:00 am | 0Comments |

Salam.


Saya difahamkan ramai ibubapa mengeluh apabila anak Autisma mereka takut bunyi vacuum cleaner, tidak selesa di tempat yang ramai orang, menekapkan telinga bila orang bercakap kuat dll.
Saya pasti ramai yang lihat situasi ini sebagai suatu isu yang janggal dan merumitkan. Saya senyum saja. Hehehe.. 
😁
Saya beritahu anda semua, di sebalik situasi tersebut, ada keistimewaan yang tersirat yang anda tidak lihat. Sesuatu anugerah yang Allah berikan kepada kanak-kanak syurga ini.

Kata kunci pertama : SENSITIF
Deria PENDENGARAN seorang kanak² Autisma adalah terlalu sensitif. Tahap kesensitifan juga berbeza-beza mengikut umur, tenaga dsb.
Saya bagi contoh tentang diri saya sendiri. Tahap pendengaran saya terlalu sensitif sehinggakan saya mampu untuk mendengar pelbagai bunyi dalam waktu yang sama. 
😜
Ketika berbual di telefon, saya dapat dengar bunyi radio, suara pelakon tv yang berbual, bunyi ayam berkokok di rumah sebelah.. Apatah lagi bunyi suara orang yang sedang berbual dengan saya.
Bukannya saya nak dengar pun bunyi-bunyian itu. Tetapi dah Allah bagi saya tahap pendengaran yang sensitif (detatailed, specific, overall) 😇
Pernah tengok betapa sensitifnya telinga kucing atau anjing? Keadaan itu adalah sama seperti kanak-kanak Autisma. Namun seperti yang saya katakan, tahap kesensitifan itu berbeza-beza.
Ada yang boleh dengar pelbagai bunyi dengan serentak dan ada juga yang boleh dengar sesuatu bunyi dari jauh malah ada juga yang boleh dengar pintu berkriut yang begitu perlahan.


Kata kunci kedua : DISTRACTION / GANGGUAN

Masalah utama yang akan timbul apabila terdapat "distraction". Lihat contoh yang berlaku pada diri saya sendiri, iaitu ketika saya belajar bersendirian, saya tidak suka mendengar bunyi bising apatah lagi lagu yang dipasang.
Saya rasa terganggu, walaupun perlahan macamna roomate saya pasang lagu tersebut, saya tetap rasa terganggu, sebab saya tidak suka bunyi bising apabila belajar sendiri.

Jadi jangan hairanlah kalau anak-anak anda tak suka dengar bunyi vacuum cleaner, bunyi speaker, suara orang ramai dll. Bunyi itu terlalu kuat.
Bunyi suara anda membebel lagi, bunyi tv lagi, bunyi kucing di sebelah nak mengawan lagi, bunyi air menitik lagi malah percaya atau tidak, ada yang mampu mendengar bunyi angin! 
😱
Semua ini "distraction bagi mereka. Cuba letakkan anak-anak anda di sesuatu tempat yang tiada "distraction". Anda akan lihat betapa hebatnya tahap pendengaran mereka. (Ambil contoh pendengaran anjing/kucing).
Jangan katakan telinga. Lidah, kulit, hidung dan mata mereka akan berfungsi lebih daripada baik iaitu ekstrem! (Contoh : Lidah ular, kulit bayi, hidung Wolverine, mata helang)
Saya faham kadangkala memang anda akan rasa "annoying" dengan situasi-situasi berkenaan. Saya ulangi sekali lagi, di sebalik perasaan "annoying" anda itu, adanya sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat.
😉
Sebagai rumusan, anda perlu faham dua kata kunci yang saya berikan :-
Sensor / Tahap pendengaran mereka terlalu SENSITIF dan masalah timbul disebabkan DISTRACTION.

Anda mungkin masih belum boleh faham dengan jelas disebabkan faktor usia mereka. Anda juga mungkin salah faham dengan mereka kerana mereka tidak tahu cara untuk memberitahu anda.
Setelah anda tahu semua ini, andakah anda semakin percaya yang Autisma bukannya penyakit, tetapi ia adalah suatu sistem yang berlainan malah jauh lebih hebat dari manusia normal.
😊
SOKONG : Fahami pemikiran mereka, rasai perasaan mereka dan pandu tingkahlaku mereka.
Sekian, terima kasih.
😒

Thank you for coming : )

Monday 18 April 2016

Orang kata VS Islam Kata

Unknown | 11:31 pm | 0Comments |

Salam.





Kalau ikut orang kita dorang will saying " Eh dia tu tak da kerja, macamna nak kawin, nak bagi makan apa kat isteri ngan anak-anak dia nanti?" This is mentality orang sekarang. Instead, dalam Islam pun dah kata kalau nak rezeki kena kahwin. Tak pernah lagi nampak orang kita, Malaysia kebuluq. Overweight, obesiti, diabetis, tak payah cakap la kan. Why? Sebab when the person dah m'jalani rumahtangga, dia akan automatically feel responsible esp husband/father. Tak kisah lah kerja apa, yang penting halal dan selesai menjalankan kewajipan untuk memberi nafkah kepada keluarga. 




Sedekah? Memang susah nak sedekah, rasa macam sayang je duit tu kan nak bagi sedekah? I feel that too. Tapi bila fikir semula, rasa susah orang yang kita rasa tu tak setanding dengan orang susah di sekeliling kita. Sometimes people will judge pengemis kat jalanan"Alaa. ni mesti kena upah, haa..tu lah malas sangat nak kerja, sampai mengemis, bla..bla.." Tapi someone told me kalau kita nak sedekah orang tu dont judge the person. Hulur la berapa seikhlas hati, even kalau dia tipu pun thats is his/her bussiness with Allah lah kan. Yang penting kita ikhlas :) What you give, you will get back. Rezeki Allah tu luas. Even kadang-kadang kita pun tak sedar yg tu adalah rezeki. Ex : Kesihtan tubuh badan, makanan, tempat tinggal, etc..



Mentality orang Melayu, bila dah kaya baru bantu orang miskin. Sometimes we donno for example, hari ni kita bagi/belanja orang makan or etc.. Esok, lusa gaji kita naik, bisnes maju or anything. Tapi kita tak sedar sebenrnya tu lah rezeki yang kita dapat hasil kita memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan.



Bila sakit sikit, mengeluh, memaki, depress and so on. It happen on me sometimes bila dah tak tahan sangat tapi redha je lah kan. Sakit itu adalah penghapus dosa. So, dont ever blame sakit, rasa nak mati, tercabut nyawa lah and so on. Semoga kitaterus istiqamah, In shaa Allah.

Thats all from me, thank you :) 





Thank you for coming : )

Friday 15 April 2016

Giveaway Cash RM500 APRIL PART #2 by Emas Putih

Unknown | 11:41 pm | 1Comments |

Salam. 


Thank you for coming : )