My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Saturday, 23 April 2016

RESEPI : KUIH DANGAI

Noor Hayati | 12:30 pm | 0Comments |

Salam.


Kalau kat sabah, kuih ni dipanggil kuih bangkit. Sedap sangatt!! Alahaii, tak sabar nak balik Sabah. Huhu..

Bahan - bahan :
3 mangkuk kelapa parut putih
1 mangkuk tepung pulut
1/3 mangkuk gula pasir (manis ikut suke)
1/2 camt garam halus
.
Cara-cara Membuatnya:
1. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk adunan
2. Masukkan tepung pulut, gaul rata tepung dan kelapa. 
Perasakan dengan garam dan gaul rata. Pastikan kelapa tidak berketul-betul.
3. Panaskan sekejap loyang atau acuan kuih dangai.
4. Letakkan satu lapis nipis ke dalam loyang. Lapisan pertama ini tidak perlu dicampur gula bagi memudahkan untuk mengeluarkan kuih nanti.
5. Baki campuran kelapa tadi digaul pula dengan gula.
6. Masukkan baki kelapa kesemua sekali dalam loyang. Pastkan penuh dan rata, ianya tidak perlu ditekan.
7. Bakar dalam ketuhar api sederhana hingga kekuningan

Thank you for coming : )

No comments: