My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Friday, 17 March 2017

Sungguh Aku Rindu..

Noor Hayati | 6:11 pm | 0Comments |
Assalammualaikum..



        Rindu. perassan yang sukar diungkapkan dengan kata-hanya. Hanya hati dapat merasakan betapa rindu nya dengan orang-orang yang telah pergi. Pergi selamanya. Memang sukar bila insan yang tersayang pergi buat selamanya. Sukar untuk kita menerima kenyataan bahawa orang yang tersayang telah tiada. Rasa seperti mimpi. Tapi sepahit mana pun yang kita rasa, harus akur kerana setiap yang bernyawa pasti akan kembali menghadap ilahi. Siapa kita untuk menjangka, menilai, menghukum, kerana semuanya adalah kekuasaan Allah. Kehilangan kedua ibu bapa adalah sesuatu yang sakit perit rasanya. Tiada lagi tempat untuk mengadu, berkongsi suka dan duka, berkasih sayang.Kadang hati ini rasa kosong, rasa tiada lagi ertinya sebuah kehidupan tanpa disisi kedua ibu bapa.

         Namun, harus ku akui hidup ini perlu diteruskan, walau sekuat mana dugaan yang kita hadapi, meskipun perit tapi siapa kita untuk menyalahkan takdir dan ketentuan. Menangis tiada henti pun tiada guna dan tidak mampu mengembalikan insan yg sudah pergi. Kadang hati berkata kenapa tuhan sangat kejam, sanggup memisahkan sebuah ikatan keluarga. Tapi, apa yang kita rasa, seperit mana pun dugaan, sebenarnya masih ramai lagi orang di luar sana yang ditimpa berbagai dugaan. Kehilangan sekeluarga dalam sekelip mata dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil. Dimana lagi tempat mereka bergantung? Kadang kita lupa, kita lalai, alpa, masih ada lagi di luar sana yang menderita memerlukan bantuan, kasih sayang.. Biarpun seketika, namun aku bersyukur dapat merasakan kasih sayang kedua ibu bapa biarpun hanya sementara. Tangan yg membesarkan ku, melahirkan ku, menjaga ku dari kecil sehingga dewasa, tidak pernah mengeluh walaupun hidup dalam kesusahan. Namun aku tetap bersyukur, kerana dapat dibesarkan oleh kedua ibu bapaku. Yang banyak mengajarku erti kehidupan, bersyukur, susah dan senang dilalui bersama..Mereka tidak pernah mengeluh, malah masih mampu tersenyum demi membesarkan ku dan adik beradik lain. Kadang aku terfikir, mampu kah aku menjadi kuat seperti mereka sedang hati ini rapuh, tidak kuat, jatuh, terluka, Tapi Allah itu maha berkuasa. Hanya Dia tempat mengadu. Tiada cinta yg sejati selain Allah. 

         Hidup hanya sementara. Setiap dugaan yg kita terima sebenarnya ujian dari Allah kerana Dia sangat merindui dan menyayangi hamba Nya. Hanya orang yg kuat mampu menghadapinya. In shaa Allah, hati ini perlu kuat. Kuat untuk menghadap hidup ini. Kuat untuk menerima apa jua dugaan yg bakal menanti. Semoga hati ini terus tabah. Al Fatihah untuk kedua orang tuaku. Jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan yg beriman. Amiin. 

Thank you for coming : )

Friday, 27 January 2017

" GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017"

Noor Hayati | 12:07 am | 0Comments |

Salam .. 


Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.






Senarai Hadiah 

Wang Tunai RM50 x 5 pemenang

Wang Tunai RM20 x 1 pemenang

Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang


1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.


Syarat-syarat penyertaan:

1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .

2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017" ..

3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

Slimmtreats:
http://www.slimmtreats.com
http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

Nora Misnan:
http://Kongsibersamanora.blogspot.com
Http://www.facebook.com/kongsibersamanora
(follow blog +like page)

Jamil Hashim:
http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

Nadiah Hanum:
http://nadiah245.blogspot.com
Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

Aida Hanafiah: 
http://www.adianiez.com (follow blog )


**Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

4- Copy & paste code  ke html post blog

Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada).Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam..Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan,.

Semoga Berjaya semua..


sekian..
Thank you for coming : )

Friday, 13 January 2017

'Anak Dah Balik Akhirat'

Noor Hayati | 6:58 pm | 0Comments |
Salam..

Source : Facebook
Saya baca pun sebak rasa nya. I dont know how if i'm in her shoes. Tengok orang tua kat tepi jalan yg dah tak larat nak angkat berat and minta sedekah pun dah rasa kesian. Huhu. 

    • Salam and morning all...

      This is about my post community service yesterday. LONG POST and Bahasa rojak ye sorry 

      Okay nak citer how i terjumpa nenek ni.. Please take note apa yg i cerita is based on yesterday's event and from her own words.. And since she's 89 years old so paham2 la kite pun tak sure kesahihannya.. she could be telling citer based 10-20years back but xkisah la whatever it is nenek ni betul2 buat hati I terkesan. I memanggg kesian sgt2 kat nenek ni (kite panggil dia opah k).

      Yesterday decided to take halfday leave, sbb ada byk urusan2 penting nak settle. One of em is pegi BSN. Masa kat BSN tu x ramai sgt org, yg ada pun just warga2 emas. So masa i kat kaunter, nenek ni was called to the counter next to me.. mula2 tak perasan (sbb I jenis x suka nyibok), tapi bila officer tu panggil nenek ni opah2 I pon curious and toleh nak tgk la. Bila tgk opah ni, mmg sedih sgt tgk keadaan dia. Baju kurung lusuh, berkain batik lusuh, tudung lusuh ala 80s, slipper jepun besar yg kotor, and only using an old recycle bag as her handbag and purse. Bile tengok tu mcm erghh my heart ….serious sedih

      And i cant help to overheard her conversation dgn adik officer BSN la kan seems that her acc takde duit, sbb jkm tak masuk lagi. Opah ni plak keep repeating "yeke opah dah takde duit sgt ni" But she was calm, tak marah2 pun..but nampak susah hati.. Officer tu at the same time tlg updatekan buku tukar card bank (now dah xpakai buku bank). The officer tried her best to layan opah ni and if i saw and heard right, she passed her some amount of money, cakap ni buat belanja opah, kami sini sama2 bagi. I smiled and sebak to see that infront of my eyes. Opah was very happy and thanked her byk kali, officer tu ckp xpe2 opah doakan utk kami pun dah cukup dah..

      “Faith in humanity restored” moment
      Me : Banjir dalam senyuman.. (I mmg xboleh la benda2 - hati tissue sgt )

      Terima kasih sangat-sangat laaa kat officer BSN ni. I didnt get her name but she was at the second counter, BSN BANGSAR BRANCH, and it was still early around 9.30-10.00am camtu. When opah done and nak pegi, i was still at the bank x settle lg urusan. I was hoping she was still around so i can sedekah sikit for her.

  • Setelah selesai urusan dan keluar dari bank, pada mulanya Marini tidak lagi nampak kelibat Opah. Namun, sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta, dia ternampak Opah sedang menunggu bas seorang diri di seberang jalan.

    • Tapi bila keluar je, tak Nampak dia..maybe dah berjalan jauh.. when I stepped in the car, baru ternampak opah waiting for the bus across the road, sorang2. I tanye hubby bleh tak kite tumpangkan nenek ni. Hubby said no problem

      I asked Opah if she wanted a lift, dia insisted takpe2 boleh naik bus.. sambil pegang a few rm1 notes in her hand. Dalam hati I bukan ke naik bus pakai touch+go je? Or mmg bus driver sini kenal so xkisah? I tanye Opah duduk mana, nak pergi mana? She said dari Flat Sri Pahang, tapi nak pegi ‘bank’ kat chowkit sbb takde duit. I told her I was heading to the same place (nak pegi DBKL) so dekat la. When she entered our car, she actually don’t know where supposed to go. She just ckp bank kat chow kit. I google mcm tak jumpe pon bsn kat chowkit. Tapi boleh je bagi duit and hantar dia balik, tapi I was thinking she might need for something else ke, ape ke, so layan je la since dia macam nak sangat pegi chowkit tu. So we turned back to ask from the BSN officer, just to be sure kan. I redah je walaupon ada org kat counter time tu..hehe. The girl said dia kena gi JKM chow kit (to check why money tak masuk). So we all terus rush ke sana.

      So in the car (moment sedih-I literally cried). Opah ni ckp la, nak gi chowkit, dah takde duit sangat. Anak baru meninggal (dah balik akhirat katanya ), accident motor 2-3months back, and now tinggal dgn cucu yg OKU (terencat but still boleh bekerja). She needs the money for survival and cucu dia tu. She said ni first time pegi JKM ni sbb slalu anak dia yg baru meninggal tu yg selalu settlekan benda2 camni. Anak dia tu sorang je, anak yang baik, anak yang jaga makan minum dia, segala urusan anak dia handle. We can tell yang opah ni sangat2 sayang anak dia, and bersyukur dia ada anak yang baik. Cara dia cerita pasal anak buat I rasa sebakkkkk sgt. And dia cerita dia sayang cucu dia walaupon OKU terencat, tapi solat tak pernah tinggal . Opah ckp dia risau ni selalu pagi pukul 10 pegi makan roti canai sama2, tapi today dia kan pegi bank and keluar ni dia takut cucu cari tak jumpa.

      Me : BANJIR

  • Opah bercerita lagi, dia sudah tidak mempunyai keluarga kerana kesemuanya telah "balik akhirat". Namun, dia mempunyai seorang anak angkat yang sering melawatnya di rumah.

    • Opah ada cerita jugak, ada org menolong. Kalau pegi makan, tuan kedai taknak terima duit dia. Ada org kdg2 hantar barang2 ke rumah, etc. Ada anak angkat yg kadang2 menjenguk (im sure she’s a stranger yang cares about her). Anak lain xde, keluarga pon semua dah 'balik ke akhirat' Alhamdulillah rezeki dia, masih ada juga org yg menolong. And macam2 la dia cerita. Which sgt sedih, I banjir je.. hubby sebelah pon mcm tau2 je wife dia yg hati tissue ni..huhuuuu…Semoga orang2 yang menolong opah ni murah rezeki, aminnnn…

      OK.Once sampai JKM (Grand Seasons hotel building-level 9), sampai2 je sana ramai yang membantu. From the pakguard sampai la naik atas. Semua pekerja dan staff2 baik siap tolong tunjuk arah ke mana (tak sempat nak tanya pun). Sampai2 je, explain kat counter pertanyaan and ambil number. Boleh tahan ramaiiiiii sana. Sesedih-sedih tengok orang2 lain, still cannot beat my Opah ni (eh my plak). Dalam byk2 dia paling nampak kedaifan dia and paling tua dengan baju lusuh semua tu.

      Me : BANJIR LAGI 

      (sah2 I takboleh kerja JKM confirm boss marah asyik nak nangis je haha ;p)
      While waiting tu (time almost 11.30 tak silap), I dah mcm resah because still byk urusan penting pending. Dah la half day, tengahari nak masuk office. JKM plak ramai org, so dalam keterpaksaan, I had to decide to leave opah there. I FELT SO BERSALAH to leave her Sangat222 berat tapi terpaksaaaa.. So I explain to org2 JKM tolong tgkkan dia, tolong handle her problem (kenapa tak dapat duit). I pegi kat Opah tu (sambil melutut – she was sitting), explained to her that I have to go, I gave her money for belanja2 and duit taxi balik (OMG hati sgt berat nak tinggal okehhh). Dia mcm takpe boleh naik bus, I said eh jangan opah naik taxi ye, saya bagi duit ni utk belanja2 dan makan opah dan taxi balik. Nanti pegawai JKM sini tolong opah ye.. Dia mcm banyaknyeeeee nak, banyak nyeee opah taknak ni, opah boleh naik bas. And terima kasih xtau brape ratus kali cakap. Ya Allah I lagi la banjir terus la sbb amount tu sikit je bg kita tapi utk dia dah byk sgt.. mcm perpisahan yg super sedih, I was literally melutut holding her hands and peluk dia. Mmg dah macam drama la, SEMUA ORG TENGOK.. haha adoihaiilaa.. mesti org ingat I ni anak yg tinggalkan mak ke ape kan..padahal total stranger je I nih. I pegi kat pegawai tu (sambil nangis) tolong opah ni ye..saya mmg tak kenal dia, tapi saya bantu setakat mana yg boleh..


  • Setelah menunggu jawapan dari pihak JKM, pegawai tersebut memberitahu mereka tidak dapat membantu kerana Opah belum memperbaharui permohonannya

    • The pegawai, which I didn’t manage to get her name-what’s wrong with me?!..dia tu pun mcm sedih tgk i and cakap kat opah tu nanti kite tolong uruskan dan hantar ke bawah (taxi). Tapi after all the drama, tengok2 officer tu cakap dorang takleh nak buat sbb opah tak renew her JKM. She mentioned kena renew anually baru JKM masukkan duit. So this month memang tak masuk. I tolong explainkan la yg anak dia baru meninggal accident. And now tinggal ngan cucu OKU terencat, so how now? The officer bagi borang and asked to provide all (IC, IC cucu and bills) kalau ada semua skang jugak boleh tolong uruskan. But tu lah, IC cucu takde and bills takde. Opah pon blur2 mana nak carik semua2 tu, camne nak buat, nak kena dtg balik ke?? Huwaa… So terpaksa la balik… I mcm, OK I dah nangis depan2 orang mcm perpisahan ape tah tengok2 I bawak dia balik.. hahahaaa.. i is maluew.

      At least I lega laaa yang I still can bring her back. Takyah dia nak naik taxi ke ape. She will also have extra money. So turun balik, bawak la sekali opah ke tempat2 kitorang nak buat urusan2 penting. And terpaksa amek whole day cuti terus hahaa.. sbb byk benda da dragged kan.. mmg terpaksa emergency la.. I dah mcm whatever je la. Time nak hantar dia balik drama lagi, siap salam peluk bagai.. she kept saying banyak sgt duit ni, opah taknak..opah makan roti canai jee tak makan byk.. ADOIHHH I just cant..masa pegi I nangis lagi, opah pun nangis jugak. APAKAH ini!! Huwaa.. memang berat but hati sbb tak dpt fully help her. Me and hubby pon kami ni biase2 je tolong takat mampu. ni ada sedikit lega bila dpt tolong opah ni,sbb bila I tgk teringatkan kat parents and grandparents..just imagine kalau ni mak kita? Nenek kita? Hidup sebatang kara, anak yg menjaga dia dah takde, tinggal dgn cucu OKU plak tu.. 

      I’m no Syed Azmi or Kuan Lee cheng. Niat share ni bukan nak viral or saje2 menunjuk ye. I share supaya kita sama2 boleh bantu nenek dengan cucu dia ni. Mungkin dia dah ada org yang menolong but tak salah if kita sama2 tambah pertolongan tu, tul tak? Plus I ni hati tissue so I mmg tak boleh nak biarkan camtu je.. I will feel bad and confirm akan terngiang2 dlm kepala kenapa tak tolong..

      Thanks to OFFICER BSN BANGSAR, PEGAWAI2 JKM yg membantu smlm..thanks to all yg prihatin kat post i smlm dan juga yg share.. Allah je dpt membalas jasa korang semua


  • Kami doakan semoga ada sinar baru dalam hidup Opah dan semakin ramai orang di luar sana membantunya. Amin ya rabbal alamin...



    Thank you for coming : )

    Sensory Intergration Therapy For Kids

    Noor Hayati | 2:04 am | 0Comments |
    Salam. 

    What is sensory intergration activity ? Apa itu aktiviti  intergrasi deria? SI adalah indicator kepada kanak-kanak tersebut dimana mereka perlu  mengharungi cabaran secara maksimum sejak dari lahir lagi. As we know, basically there are 5 sensory : tactile/ touch, smell, vision, hear and taste.  Another most components are tactile, proprioceptive and vestibular. As we know, children develop through their surrounding. Contoh yang mudah, sebelum kanak-kanak tu learn how to walk, they need to learn step by step from crawling, creeping, sitting until standing right? In order to learn, they have through pain, crying, but they will never give up to learn until they able to do so.Same goes what i explained just now, they need to feel perubahan yang mereka alami dengan cabaran yang mereka perlu alami. Falling, terhentak, terduduk, menangis semua tu normal untuk development seorang kanak-kanak tersebut.

     Yaa, i know maybe most of parents afraid of their children jatuh, tersungkur, tersangkut semnua tu , but that is how their develop. But the poorest thing is bila parents kids tu tak bagi chance untuk kids  tu belajar and develop  Let say, budak tu try to stand for example, but their parents keep putting their child kat baby walker for prolonged time sebab bagi budak tu cepat jalan. Bukan tak boleh, but they need to feel free too. Kita pun boleh stress kalau kena kurung, apa lagi budak-budak kan. If possible, kurangkan lah. 

    Nowadays, children more dijinakkan dengan gadget. I'm not saying that i disagree with that things, but at least kurangkan, lebih baik jauhi. Because children will spend their time with playing games almost all the time or watching cartoon. This will tend their children to have visual problem at early stage. Tak kesian ke tengok anak-anak kecil dah pakai spek mata kan? And some children will tend to be hyperactive or hypoactive. ADHD, Autism. Either because their craving for the sensory or hypersensitive to the sensory. 

    So, if possible try to exposed anak-anak with their surrounding. Banyak aktiviti yg boleh kita lakukan to improve their sensory. Contohnya seperti di bawah :


    Image result for sensory activities

    Yg ni adalah tactile activity or aktiviti deria sentuhan. Ask the child to copy or tekap water color  by using their hand instead of using brush to let they feel the sense of water. In some case for children with hypersenstive dorang akan refuse to join sebab sensitive dengan sticky things. Meanwhile for children with hypo, dorang lebih suka messy play sebab dorang craving for the sense. 

    Ada banyak lagi aktiviti antaranya :

    Image result for vestibular activities

    Vestibular activity - Yg ni untuk balance. Boleh bagi dorang main swing. 

    Image result for visual activity

    Visual activity - Boleh bagi flashcard with different size, shape and color objects to improve their visual. 


    Image result for olfactory activity

    Olfactory (bau) activity - Yang ni boleh bagi child hidu bau yg berbeza-beza and paling senang adalah hidu bau makanan. For more interesting, ask they to guess what kind of smell with their eyes occluded/close. 

     Image result for auditory activity

    Auditory (pendengaran) activity - Kita boleh list of things then suruh dorang repeat again. Grading dari 3 benda to 5 things, then tambah bila dorang boleh repeat. But, dont force the child to give more instruction. 


    Image result for proprioceptive activity
    Proprioceptive activity - Di mana ia memerlukan movement of limbs supaya child can feel and aware  of their movement. Banyak lagi contoh aktiviti yg kita boleh ajar. 

    Ada banyak lagi sebenarnya aktiviti yg kita boleh lakukan without using gadget. Try to avoid child to spend their whole time with playing gadget. As a learning, gadget is most interesting ways and effective for child to learn. Tapi kalau dah tiap masa nak tengok cartoon or playing games sampai menangis-nangis until tend to aggressive tu memang dah teruk sangat dah tu. Try to give limit for their advantage and future. 

    Okay, sampai sini saja my sharing info yg seberapa based in learning in class and knwoledge, if there's anything to ask, just ask me. Ohh ya, wish me luck for my clinical paediatric on March yaaa. Nebess kayy. Haha. 
    Thank you :)




    Thank you for coming : )

    Wednesday, 11 January 2017

    PENYAKIT ENDOMETRIOSIS : JANGAN PANDANG RINGAN PADA SENGGUGUT !

    Noor Hayati | 4:03 pm | 0Comments |
    Salam. 

    Image may contain: one or more people


    Image may contain: one or more people and food

    No automatic alt text available.


    Beginilah gambar2 sekitaran rahim yang dilanda penyakit endometriosis. Darah haid membanjiri sekeliling rahim ovary dan saluran fallopian.
    Tiada peluang untuk telor(ovum) isteri dan benih suami untuk hidup. Pasti musnah dan tiada peluang hamil.
    Endometriosis sering bermula awal dalam peringkat gadis remaja. Gejala utama ialah senggugut.
    Perlu buat scan rahim dari perut bila anak gadis kena senggugut untuk kesan kedudukan rahim.
    Rahim yang retroverted atau meghala kearah tulang belakang lebih sering mengalami limpahan darah haid ( retrograde menses).
    Kebanyakkan kes2 senggugut pada remaja akan pulih bila berkahwin. Tapi ada yang terus jadi penyakit endometriosis khususnya jika mengalami stress mental emosi dan fizikal. Disamping tidak makan sayur dan buahan. Sistem imuniti lemah.
    Saya ada buat bedah laparoscopy untuk betulkan rahim dikalangan remaja yg teruk senggugut serta rahimnya retroverted.

    CC : Dr Hamid Arshat

    Thank you for coming : )