Salam.
Saya difahamkan ramai ibubapa mengeluh apabila anak Autisma mereka takut bunyi vacuum cleaner, tidak selesa di tempat yang ramai orang, menekapkan telinga bila orang bercakap kuat dll.
Saya pasti ramai yang lihat situasi ini sebagai suatu isu yang janggal dan merumitkan. Saya senyum saja. Hehehe..
😁
Saya beritahu anda semua, di sebalik situasi tersebut, ada keistimewaan yang tersirat yang anda tidak lihat. Sesuatu anugerah yang Allah berikan kepada kanak-kanak syurga ini.
Kata kunci pertama : SENSITIF
Deria PENDENGARAN seorang kanak² Autisma adalah terlalu sensitif. Tahap kesensitifan juga berbeza-beza mengikut umur, tenaga dsb.
Saya bagi contoh tentang diri saya sendiri. Tahap pendengaran saya terlalu sensitif sehinggakan saya mampu untuk mendengar pelbagai bunyi dalam waktu yang sama.
😜
Ketika berbual di telefon, saya dapat dengar bunyi radio, suara pelakon tv yang berbual, bunyi ayam berkokok di rumah sebelah.. Apatah lagi bunyi suara orang yang sedang berbual dengan saya.
Bukannya saya nak dengar pun bunyi-bunyian itu. Tetapi dah Allah bagi saya tahap pendengaran yang sensitif (detatailed, specific, overall) 😇
Pernah tengok betapa sensitifnya telinga kucing atau anjing? Keadaan itu adalah sama seperti kanak-kanak Autisma. Namun seperti yang saya katakan, tahap kesensitifan itu berbeza-beza.
Ada yang boleh dengar pelbagai bunyi dengan serentak dan ada juga yang boleh dengar sesuatu bunyi dari jauh malah ada juga yang boleh dengar pintu berkriut yang begitu perlahan.
Kata kunci kedua : DISTRACTION / GANGGUAN
Masalah utama yang akan timbul apabila terdapat "distraction". Lihat contoh yang berlaku pada diri saya sendiri, iaitu ketika saya belajar bersendirian, saya tidak suka mendengar bunyi bising apatah lagi lagu yang dipasang.
Saya rasa terganggu, walaupun perlahan macamna roomate saya pasang lagu tersebut, saya tetap rasa terganggu, sebab saya tidak suka bunyi bising apabila belajar sendiri.
Jadi jangan hairanlah kalau anak-anak anda tak suka dengar bunyi vacuum cleaner, bunyi speaker, suara orang ramai dll. Bunyi itu terlalu kuat.
Bunyi suara anda membebel lagi, bunyi tv lagi, bunyi kucing di sebelah nak mengawan lagi, bunyi air menitik lagi malah percaya atau tidak, ada yang mampu mendengar bunyi angin!
😱
Semua ini "distraction bagi mereka. Cuba letakkan anak-anak anda di sesuatu tempat yang tiada "distraction". Anda akan lihat betapa hebatnya tahap pendengaran mereka. (Ambil contoh pendengaran anjing/kucing).
Jangan katakan telinga. Lidah, kulit, hidung dan mata mereka akan berfungsi lebih daripada baik iaitu ekstrem! (Contoh : Lidah ular, kulit bayi, hidung Wolverine, mata helang)
Saya faham kadangkala memang anda akan rasa "annoying" dengan situasi-situasi berkenaan. Saya ulangi sekali lagi, di sebalik perasaan "annoying" anda itu, adanya sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat.
😉
Sebagai rumusan, anda perlu faham dua kata kunci yang saya berikan :-
Sensor / Tahap pendengaran mereka terlalu SENSITIF dan masalah timbul disebabkan DISTRACTION.
Anda mungkin masih belum boleh faham dengan jelas disebabkan faktor usia mereka. Anda juga mungkin salah faham dengan mereka kerana mereka tidak tahu cara untuk memberitahu anda.
Setelah anda tahu semua ini, andakah anda semakin percaya yang Autisma bukannya penyakit, tetapi ia adalah suatu sistem yang berlainan malah jauh lebih hebat dari manusia normal.
😊
SOKONG : Fahami pemikiran mereka, rasai perasaan mereka dan pandu tingkahlaku mereka.
Sekian, terima kasih.
😒
No comments:
Post a Comment