My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Thursday 1 May 2014

Sari Yanti Bantah Permohonan Nusyuz

Unknown | 2:33 pm | 0Comments |

Salam.

Petaling Jaya: Pelakon, Sari Yanti, semalam, memohon di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini, untuk memasukkan bantahan awal berhubung permohonan nusyuz difailkan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussain.

Perkara itu dimaklumkan Peguam Syarie, Marlina Amir Hamzah yang mewakili pelakon itu atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, pada sebutan kes semalam. 

Marlina berkata, permohonan itu atas alasan ada satu lagi kes yang difailkan anak guamnya di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, yang membabitkan arahan amalan No. 13 Tahun 2002 berhubung pertindihan pendengaran kes.


“Anak guam saya menerima notis saman daripada plaintif (Mohd Edy Casmadi) bagi kes ini pada 8 April lalu dan wakalah lantikan peguam juga sudah diserahkan kepada mahkamah.

“Bagaimanapun, kami berhasrat untuk memfailkan bantahan awal memandangkan ada kes difailkan anak guam saya mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003, iaitu permohonan cerai,” katanya.

Peguam Syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, yang mewakili Mohd Edy Casmadi, membantah permohonan itu atas alasan kedua-dua tuntutan, iaitu cerai dan nusyuz difailkan di dua mahkamah yang terletak dalam kawasan berbeza dan kesannya juga berlainan.

“Saya percaya kes ini (nusyuz) boleh dibicarakan di mahkamah ini. Kes penting kerana akan menentukan pemberian nafkah kepada defendan. 
“Justeru, saya membantah cadangan defendan untuk memasukkan bantahan, tetapi jika dibenarkan, saya mohon supaya ia dibuat secara bertulis,” katanya.

Pengecualian kehadiran

Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah, kemudian membenarkan permohonan peguam Sari Yanti dan menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan bagi defendan memasukkan bantahan awal, jika berhasrat untuk berbuat demikian.

Beliau turut membenarkan pengecualian kehadiran kedua-dua pihak pada tarikh itu.

Mohd Edy Casmadi yang turut hadir, enggan ditemubual dan menyerahkannya kepada mahkamah, manakala Sari Yanti tidak mahu memberikan komen.

Sementara itu, Fakhrul Azman ketika ditemui pemberita, berkata defendan bersetuju untuk menyerahkan hak jagaan dua anak kepada anak guamnya, manakala kes cerai yang difailkan kini dalam proses untuk Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Terdahulu, pada 7 Mac lalu, Mohd Edy Casmadi, 34, memfailkan permohonan nusyuz mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.

Thank you for coming : )

No comments: