Salam.
Abang Kamal.. walaupun kau mengalah demi bahagiaku, namun kau tetap hadiahkan aku gusar. Sungguh aku tidak betah diammu. Aku mahu kau menggapai bahagia seiring denganku. Tetapi, mungkin benar katamu. Tentang perasaan, kita memang tidak mampu memaksa.. Sebagaimana aku tidak mampu memadam perasaan yang pernah ada di antara Encik Firdaus dan Mia.
Encik Firdaus.. Sungguh aku bahagia, apabila aku bertemu cinta Charming di setiap hela nafasmu. Sungguh aku bahagia apabila aku sering menjadi yang penting dalam lembar hidupmu. Namun, aku tahu aku tidak mungkin boleh menjadi Miamu. Mia yang ternyata pernah mewarnai hidupmu dengan kesempurnaanya. Aku terlalu jauh dari sempurna itu. Aku tewas dulu, dan kini aku tetap tewas..
Aku.. aku tetap keliru. Aku jadi sendirian. Keliru dalam mencari erti cinta. Keliru dalam menguruskan sejalur rasa cemburu yang menghukum. Cintakah itu, andai aku harus relakan hati menangis demi kamu yang aku puja? Cemburukah itu, andai aku harus bertarung dengan seribu kemungkinan yang jelas menghiris kejam sekeping hatiku. Andai memang dalam cinta ini, masih perlu aku sediakan ruang untuk orang lain..
aku memilih untuk melupakannya..
No comments:
Post a Comment