My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Friday, 30 May 2014

Hukum Puasa Hari Jumaat

Unknown | 9:28 pm | 0Comments |

Salam.

Memandangkan bulan Ramadhan yang bakal menjelang beberapa hari lagi, In shaa Allah. So, mesti uolls khususnya wanita sedang sibuk nak qada puasa kan? Tipu lah kalau tak kan. Hi-5 ! Kita sama. Hee. So, berbalik kepada cerita tadi, tiey actually puasa qada hari nih, then mak su cakap kalau posa hari jumaat kena puasa hari sabtu jugak. So, aku pun mulai blurr. Sebab tak pernah dengar pasal tu. Then, aku pun seravy-servay kat internet  untuk mengesahkan kesahihanya.


Dari Hadith dan pandangan ulama'-ulama' ini, menunjukkan bahawa adalah makruh berpuasa 1 hari atau dikhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat. Yang dimaksudkan berpuasa itu merujuk kepada puasa sunat. Mereka yang melakukan puasa Qadha' Ramadhan dikecualikan dari tegahan ini. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi :-

فيجوز للمسلم أن يصوم يوم الجمعة قضاء عن يوم رمضان ولو منفرداً

"Dibenarkan bagi seseorang Islam berpuasa pada hari Jumaat bagi mengqadha' puasa Ramadhanwalaupun berpuasa 1 hari" - [Al-Lajnah Al-Daa'imah, 10/347].

Kesimpulannya, mengkhususkan melakukan puasa sunat atau Solat malam pada hari Jumaat adalah perkara yang ditegahkecuali bagi mereka yang sentiasa melakukan amalan tersebut, seperti kebiasaan berpuasa dipertegahan bulan hijrah yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Bagi mereka yang melakukan qadha' puasa Ramadhan, tidaklah ditegah melakukan puasa dihari tersebut. wallahu 'alam.



Ditegah berpuasa sunat hari Jumaat kecuali orang yang biasa berpuasa (macam puasa Nabi Daud sehari puasa sehari berbuka) atau yang biasa berpuasa pada pertengahan bulan hijrah.  Puasa ganti ramadhan TIDAK di tegah.

Selanjutnya uolls boleh baca kat sini 

So, before this nih pun tiey masih ingat jugak cakap ustazah kat sekolah dulu, tak makruh dan sah kalau nak qada puasa pada hari jumaat. Kecuali kalau puasa SUNAT, ulang sekali lagi, puasa SUNAT.

p/s : Sama-samalah kita saling mengingati dan berkongsi maklumat. Memandangkan tiey pun tak lah pakar sangat bab-bab agama dan perlu mendalaminya lagi, tak salahkan kalau kita saling berkongsi info mengenai agama? :D

Allahu'alam. Salam.

Thank you for coming : )

No comments: