NOVEL : Lelaki Eksklusif
Salam.
Nora hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukhriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukhriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap kepada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.
" Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora"
"Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh"
"Serius?"
"Ngee, melampau bos ni"
"Nora,saya serius ni"
"Ya ke?"
Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff, abang sebapa Wan Mukhriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukhriz. Akhirnya, Wan Mukhriz mengambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukhriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.
Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah menggangu tanpa sedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri. Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukhriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?
Thank you for coming : )
No comments:
Post a Comment