My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Tuesday, 6 May 2014

Adakah Dunia Akhir Zaman Lagi Teruk Dari Zaman Jahiliah?

Noor Hayati | 2:31 pm | 4Comments |

Salam.

Nowadays, memang banyak sangat masalah sosial tak kira di TV, FB, Twitter, Wechat, Radio dan macam-macam lagi. Kes bunuh nenek, bapa, ibu. Kes rogol.Tidak kenal usia. Bawah umur, kalangan remaja juga yang sudah berusia. Inilah petanda akhir zaman. Tiey memang sebak dan sedih bila tengok bayi yang baru lahir, di bunuh, di buang, dikelar, dikerat, disumbat dalam beg, tong sampah dan sebagainya. Allah. Tak terfikir ke macamana susahnya membawa kandungan yg berusia 9 BULAN, 9 MINGGU DAN 9 HARI ? Lepas tu main buang ja macam sampah. Sampah ke seorang bayi yang suci dan tidak berdosa tuh? Menjadi makanan binatang, anjing, semut, dihurung lalat. Apa salah bayi yang dorang kandungkan?

Pernah masa sekolah menengah dulu, cikgu tiey, dia seorang Chinese, then she asked me and others in class. And semua kat dalam kelas tiey memang muslim. Dia kata " Teruknya kan sekarang nih sampai dorang sanggup buang bayi. Jadi dunia sekarang ni lagi dasyat dan zalim lah kan dari zaman jahiliyah yang tanam bayi perempuan hidup-hidup?" Terdiam. Speechless. Tersenyum hambar. Hanya itu yang mampu kami balas. Sebab apa? Sebab kebanyakan yang buang bayi adalah dalam kalangan Muslim. Memang tak tahu dah nak cakap apa masa tuh.

Kadang, tiey rasa sedih jugak sebab ada yang sudah kahwin bertahun-tahun yang menginginkan seorang cahaya mata tapi belum dapat untuk merasa kehadiran cahaya mata sendiri. Sedangkan manusia yang bergelumang dengan maksiat, tanpa diminta kehadiran seorang bayi, lahir seorang bayi yang suci dan tidak berdosa hasil daripada perzinaan. Kemudian, bayi tersebut diperlakukan seperti sampah. Di buang di merata tempat.

Allahu. Itulah kekuasaan Allah. Nauzubillah min zalik. Semoga dijauhkan dan dihindarkan daripada perkara tersebut. Amin Ya Rabbal Al Amin.

Thank you for coming : )

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

kalau diperhatikan memang teruk dah zaman sekarang ni... hurmm...

Hafiza AizZawa said...

dunia akhir zaman.. dah buat dosa satu hal, pastu buang pulak bayi tu.. mohon seluruh ahli keluarga dan keturunan kita dijauhkan drp perkara mungkar..

Niena Reen said...

Betul, zaman sekarang ni memang sangat kejam. Saya pun malu sangat sebenarnya dengan orang2 non-muslim bila dorang tengok begini ke orang2 Islam.. Moga2 mereka insaf..

Ibnu Ramli said...

Alhamdulillah, pengisian yang padat, tak semua orang dapat sedar benda ini. Kalau kita tak berpegang teguh kepada tali agama, silap-silap kita pun akan terlayang-layang dalam kesesatan, nauzubillahimin zalik.

Ya Allah yang mampu meperbolak-balikkan hati-hati ini, teguhkanlah pendirian kami di atas AgamaMu.