My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Monday, 5 May 2014

NOVEL : Awek Buku & Cornflakes Madu

Unknown | 12:13 am | 0Comments |

salam.

Realiti dan kenangan, yang mana satu harusku bersandar?



Kelalaian Zaireen menjaga sebuah buku menyebabkan gelaran ‘awek buku’ diberikan kepadanya oleh Zaffrul. Kerana sebuah buku itu juga, tercetusnya pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Sedang Zaireen meniti bahagia setelah Zaffrul membuka bicara tentang hala tuju hubungan mereka, harapan itu hanya tinggal harapan. Kehadiran Ruzaizi pula amat tidak dialu-alukan. Bagi Zaireen, lelaki itu merupakan seorang makhluk yang paling sombong, ego dan berlagak yang pernah ditemuinya. Tapi disebabkan cornflakes madu, Ruzaizi sanggup buat kerja gila dengan bertandang ke rumah orang tua Zaireen. Kekeliruan demi kekeliruan semakin mencelarukan perasaan Zaireen. Siapakah Ruzaizi ini? Apakah kaitannya dengan Zaffrul? Kenapa banyak persamaan antara mereka berdua? Mampukah Zaireen menggantikan tempat Zaffrul dengan Ruzaizi yang gila itu?

"Saya tak mau dah culik awak.. Hmm.. kempunanlah saya nak bawak balik skuter saya. Manalah tau kut-kut saya dah tak berkesempatan lagi selepas ini? Atau pun ini kali terakhir saya belanja awak? - Zaffrul

Benar,siapalah Zaffrul dalam hidupku. Belum ada apa-apa ikatan yang sah. Umi lebih berhak dan dia telah melakukan yang terbaik dengan memberikan sinar penghidupan baru kepada insan lain setelah pemergian Zaffru. Sesuatu yang tidak pernah terfikir olehku. Mungkin ada hikmahnya semua iyang telah ditakdirkan ini. - Zaireen

'Saya melihat penderitaan umi atas kehilangan Zaff. Saya jugak nampak kesedihan awak , Reen. Saya ingin menjadi yang terbaik dan dalam hidup dua orang perempuan yang saya sayang. Yang mampu menghilangkan kedukaan dan memberikan kebahagiaan. -Ruzaizi

Thank you for coming : )

No comments: