My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Saturday, 31 May 2014

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BULAN SYAABAN

Unknown | 9:30 pm | 0Comments |

Salam.

Rai Bulan Rasulullah

BULAN Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat seperti mana di bulan Ramadan, Rejab, Muharam dan lain-lain bulan. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan.
Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan-Nya.
Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Baginda akan lebih banyak melakukan ibadat puasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga sebagai latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadan.
Keistemewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu Wata’ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.

Thank you for coming : )

Friday, 30 May 2014

Hukum Puasa Hari Jumaat

Unknown | 9:28 pm | 0Comments |

Salam.

Memandangkan bulan Ramadhan yang bakal menjelang beberapa hari lagi, In shaa Allah. So, mesti uolls khususnya wanita sedang sibuk nak qada puasa kan? Tipu lah kalau tak kan. Hi-5 ! Kita sama. Hee. So, berbalik kepada cerita tadi, tiey actually puasa qada hari nih, then mak su cakap kalau posa hari jumaat kena puasa hari sabtu jugak. So, aku pun mulai blurr. Sebab tak pernah dengar pasal tu. Then, aku pun seravy-servay kat internet  untuk mengesahkan kesahihanya.


Dari Hadith dan pandangan ulama'-ulama' ini, menunjukkan bahawa adalah makruh berpuasa 1 hari atau dikhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat. Yang dimaksudkan berpuasa itu merujuk kepada puasa sunat. Mereka yang melakukan puasa Qadha' Ramadhan dikecualikan dari tegahan ini. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi :-

فيجوز للمسلم أن يصوم يوم الجمعة قضاء عن يوم رمضان ولو منفرداً

"Dibenarkan bagi seseorang Islam berpuasa pada hari Jumaat bagi mengqadha' puasa Ramadhanwalaupun berpuasa 1 hari" - [Al-Lajnah Al-Daa'imah, 10/347].

Kesimpulannya, mengkhususkan melakukan puasa sunat atau Solat malam pada hari Jumaat adalah perkara yang ditegahkecuali bagi mereka yang sentiasa melakukan amalan tersebut, seperti kebiasaan berpuasa dipertegahan bulan hijrah yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Bagi mereka yang melakukan qadha' puasa Ramadhan, tidaklah ditegah melakukan puasa dihari tersebut. wallahu 'alam.



Ditegah berpuasa sunat hari Jumaat kecuali orang yang biasa berpuasa (macam puasa Nabi Daud sehari puasa sehari berbuka) atau yang biasa berpuasa pada pertengahan bulan hijrah.  Puasa ganti ramadhan TIDAK di tegah.

Selanjutnya uolls boleh baca kat sini 

So, before this nih pun tiey masih ingat jugak cakap ustazah kat sekolah dulu, tak makruh dan sah kalau nak qada puasa pada hari jumaat. Kecuali kalau puasa SUNAT, ulang sekali lagi, puasa SUNAT.

p/s : Sama-samalah kita saling mengingati dan berkongsi maklumat. Memandangkan tiey pun tak lah pakar sangat bab-bab agama dan perlu mendalaminya lagi, tak salahkan kalau kita saling berkongsi info mengenai agama? :D

Allahu'alam. Salam.

Thank you for coming : )

Wednesday, 14 May 2014

Awas Bagi Mereka Yang Mengambil Ubat Pelansing!

Unknown | 12:18 pm | 3Comments |

Salam.







Senarai Ubat Pelansing & Kurus yang mengandungi Sibutramine..
Bahaya Sibutramine yang dicampurkan dalam ubat kurus & pelansing kerana ia bertindak sebagai perencat selera makan di otak. Sesiapa yg mengambilnya akan rasa tidak lapar dan tidak mahu makan
Antara kesan sampingan sibutramine:
Stroke
Sakit jantung
Sakit dada
Sesak nafas
Kemurungan
Kekeliruan
Kekejangan otot
Sawan
Jantung degup laju
Pening - pening

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah menggantung semua pendaftaran produk yang mengandungi Sibutramine pada Oktober 2010
Untuk pertanyaan lanjut hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800 88 6722 (Isnin-Jumaat; 8pg-5ptg)
atau layari laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)www.bpfk.gov.my

P/S : So berhati-hati apabila menggunakan atau mencari produk pelansing!

Thank you for coming : )

CUCI BUAH PINGGANG DENGAN HANYA RM 1.00 !

Unknown | 12:13 pm | 2Comments |

Salam.


Selama bertahun-tahun kita mengunakan buah pinggang dalam proses biologi badan, kandungan garam dan racun yang kita tidak tahu bertapa banyak jumlahnya, dan kita tidak pernah mencucinya kecuali bagi yang bermasalah sahaja, tapi tahukah anda dengan hanya RM1.00, anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini, caranya mudah sahaja beli seikat daun SUP, cuci bersih-bersih , potong kecil2 , masukkan kedalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja , sejukkan , tapis , masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk , amalkan meminumnya segelas sehari , insyaaallah anda akan rasa perubahannya , segala kandungan garam dan racun2 akan dikumuhkan melalui air kencing. Daun SUP telah diketahui sebagai satu kaedah rawatan pembersihan yang terbaik untuk buah pinggang kita dan ia adalah semula jadi!

Thank you for coming : )

Boleh Ke Tukar Course Uitm Ni?

Unknown | 9:53 am | 0Comments |

Salam. 

Seperti yang tiey dah bagitau korang kat entry sebelum nih, tiey dapat Diploma Sains kat Uitm Kota Kinabalu. And course yang tiey dapat adalah sains gunaan. First sekali yang ada dalam kepala otak, apa tu sains gunaan? Ya Allah. Baru first time dengar kot. Haha.Then, tiey pergi lah servay mana-mana blog yang ada cakap pasal diploma sains gunaan nih. And ini adalah subjek-subjek yang bakal dipelajari nanti for 6 semester.



pic credit to : tiey

Part refer to semester.

Okay. One words. KENAPA PERLU ADA CHEMIST? KENAPA PERLU ADA ORGANIC CHEMISTRY? Aduiii. Minat chemist boleh jugak la, tapi ak minat organic chemistry. Tolonggglahhh. Boleh ker tukar course nih? Really confused. Uwargggghhh..

p/s : Pilihan terakhir adalah politeknik. Kalau course popi pun tak berkenan jawabnya terpaksa lah ambil uitm nih jugak! Arghhh. Stress.


Thank you for coming : )

CPC Campaign #9 and #10

Unknown | 9:41 am | 1Comments |

Salam.

Once again, thanks to en Nuffnang kitew! Hehe. Dapat juga CPC yang ke #9 and #10 from Downy Dolce and Whisper. More eksaited sebab dalam masa sehari dua-dua terus dapat! Haha. Hopefully, meningkat lagi lah lepas nih. Tak lupa juga for other bloggers yang tolong click and rajin terjah blog tiey. Tehee~




P/S : Kalau nak minta click iklan korang, leave your URL kat bawah yea! Oh ya, jangan lupa jugak tolong clickkan mana-mana iklan tiey yang bersarang kat blog nih yea! Haha.




Thank you for coming : )

Tuesday, 13 May 2014

Kenapa ada pelajar yang mendapat keputusan SPM yang baik tetapi gagal mendapat tempat di IPTA ?

Unknown | 9:52 pm | 4Comments |

Salam.

Ada beberapa kes yang telah dirujuk kepada saya tentang kegagalan beberapa orang pelajar yang mendapat keputusan yang agak baik dengan mendapat 5A dan 7A tetapi gagal mendapat tempat di IPTA – di dalam program yang dipohon. Untuk itu, saya telah membuat analisa terperinci ke atas 2 daripada beberapa calon yang dirujuk sebagaimana berikut.

Keputusan SPM yang diperolehi 2 calon (contoh kes sebenar)

Andaian untuk pelajar C (aliran sains)
- Digunakan sebagai benchmark
- Mendapat gred A dalam 5 mata pelajaran utama dan gred B & C dalam matapelajaran lain

Pelaksanaan Dasar Meritokrasi Pengambilan Pelajar ke IPTA

Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan dasar pengambilan pelajar ke IPTA berasaskan kepada prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah ko-kurikulum untuk menentukan merit setiap pemohon. Untuk sesi 2012/2013 tiga(3) buah politeknik Premier juga akan mengguna pakai dasar yang sama. Berdasarkan kepada contoh-contoh di atas berikut adalah bagaimana pencapaian pelajar dinilai berdasarkan kepada kaedah meritokrasi yang diamalkan

Pengiraan merit

 Sebagai Perbandingan dan Panduan

  • Walaupun calon A dan calon C sama-sama mendapat 5A tetapi calon C mendapat jumlah mata merit yang lebih tinggi dari calon A dengan perbezaan markah merit yang sangat besar sebanyak 31.50 markah
  • Begitu juga calon B yang mendapat 7A tetapi di dalam pengiraan meritnya beliau hanya mendapat 71.99 berbanding dengan calon C yang hanya mendapat 5A tetapi jumlah mata meritnya adalah 80.50 dengan perbezaan sebanyak 8.51 markah
  • Walaupun calon B mendapat markah merit yang agak tinggi, namun beliau tidak berjaya mendapat tempat di IPT kerana mendapat gred D dalam mata pelajaran matematik – yang merupakan syarat khas program untuk kemasukan ke semua program pra-universiti(asasi/matrikulasi) dan menjadi syarat pada hampir kesemua program diploma di IPTA dan juga Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Di UPU, markah merit yang diperolehi oleh setiap pemohon akan disusun mengikut program yang dipohon oleh pelajar dari yang paling tinggi hingga yang terendah
  • Jika ada tie atau persamaan markah – bilangan gred A+ akan di ambil kira
  • Jika masih ada tie atau persamaan markah markah akademik dan ko-kurikulum akan diambil kira
  • Jika masih ada tie atau persamaan markah lagi, jumlah gred A (A+, A dan A-) akan diambil kira
  • Kedudukan ini akan menentukan peluang untuk pelajar yang memohon untuk mendapat tempat
Pelajar sebenarnya boleh membuat pengiraan sendiri markah merit yang akan diperolehi; Malah pelajar boleh mula cuba mengira seawal mereka mendapat keputusan peperiksaan percubaan SPM

Andaian Salah oleh pelajar

Di dalam kes yang dirujuk ini calon mengakui beberapa perkara berikut
  • Calon A bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke UIAM untuk mengikuti pengajian Asasi Undang-undang dan bercita-cita untuk meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang dan syariah (double degree). Beliau membuat andaian bahawa untuk menjadi seorang peguam mata pelajaran Bahasa, Sejarah, Pendidiakn Al-Quran & As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah sangat penting untuk menjadi seorang peguam atau pengamal undang-undang sivil dan juga perundangan Islam – secara logiknya.
  • Beliau juga tidak memberikan perhatian kepada mata pelajaran sains dan juga matematik yang sebenarnya lebih penting sebagai mata pelajaran utama dalam pengiraan merit untuk calon dari aliran sains.
  • Keadaan yang hampir sama juga dengan calon B, tetapi yang agak malang sedikit adalah beliau hanya mendapat gred D dalam mata pelajaran Matematics – yang merupakan antara syarat yang kemasukan yang ‘standard’ di dalam hampir semua program pengajian di IPTA

Rumusan dan panduan

  1. Pelajar MESTI memastikan mendapat gred yang terbaik untuk 5 mata pelajaran utamabagi setiap aliran pengajian sebagaimana berikut
    1. Aliran Sains – Matematik; Matematik Tambahan, Fizik & Kimia dan Biologi atau 1 subjek lain
    2. Aliran Sastera – Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan 1 subjek lain 
  2. Memastikan mendapat gred yang baik dalam 3 lagi mata pelajaran lain – yang sebaiknya mata pelajaran yang berkaitan dengap program pengajian yang ingin dipohon
  3. Jangan mudah rasa gembira dengan hanya melihat bilangan gred A yang diperolehi; Tetapi hendaklah melihat gred yang diperolehi untuk mata pelajaran tertentu (5 mata pelajaran utama mengikut aliran dan 3 mata pelajaran lain serta syarat khas program) yang akan menjamin peluang untuk mendapat tempat di IPTA terpilih dalam program pengajian yang diinginkan – berdasarkan kepada dasar meritokrasi.

Sumber Rujukan dan Panduan



Thank you for coming : )

Alahan Mudaratkan Kandungan?

Unknown | 12:14 pm | 1Comments |

Salam.

Alahan Teruk Mudaratkan Kandungan

Ketika hamil, loya, mual dan muntah merupakan alahan atau morning sickness yang normal. Walau bagaimanapun alahan yang terlalu berlebihan boleh memudaratkan diri dan kandungan.

Dianggarkan lebih kurang 50 hingga 90 peratus wanita hamil mengalaminya. Sebagi makluman, morning sickness lazimnya berlaku pada awal usia kehamilan iaitu di minggu kelima hingga keenam. Tahap paling teruk ialah pada minggu kesembilan. Namun, ia akan beransur-ansur pulih apabila kandungan mencecah usia minggu ke-16 hingga ke-18.

Alahan keterlaluan

  • Terlalu kerap muntah di mana ia berlaku tidak kira masa, urin mengandungi ketosis serta tidak berselera makan sehingga berat badan menurun lima peratus daripada berat badan asal. Masalah ini dikategorikan sebagai hyperemesis gravidarum.
  • Simptom masalah hyperemesis gravidarum termasuklah wajah kelihatan pucat, sakit kepala, pening, mudah letih dan tidak bermaya serta kekurangan air.
  • Pada peringkat pertama hyperemesis gravidarum, anda akan mengalami muntah antara tiga hingga empat kali sehari. Pada masa yang sama, anda tidak berselera makan atau minum dalam tempoh 24 jam sehingga tubuh menjadi lemah. Penurunan berat badan yang ketara sehingga dua ketiga kilogram dalam tempoh masa satu hingga dua minggu.
  • Peringkat kedua Hyperemesis gravidarum, anda menjadi lemah sehingga tidak mempedulikan apa yang berlaku di sekitar. Denyutan nadi juga semakin mengecil dan cepat, suhu meningkat dan mata agak kuning dan cengkung. Berat badan dan tekanan darah menurun, darah menjadi pekat, air kencing berkurangan dan anda sukar membuang air besar.
  • Keadaan adalah lebih teruk pada peringkat ketiga. Anda tidak lagi mengalami muntah tetapi tidak sedarkan diri. Nadi mengecil dan cepat, suhu meningkat, tekanan darah menurun.

Sekiranya anda mengesyaki diri berkemungkinan mengalami hyperemesis gravidarum pada awal usia kandungan, maka segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor agar pengesahan dapat dibuat. Langkah ini sangat penting agar rawatan lanjut dapat dilaksanakan agar tidak mendatangkan masalah kepada anda dan kandungan sepanjang melalui proses kehamilan dan kelahiran kelak.  

Golongan berisiko tinggi mengalami hyperemesis gravidarum:

  • Wanita muda berumur 30 tahun ke bawah terutamanya yang pertama kali hamil.
  • Menghidap migrain, tiroid dan kencing manis.
  • Faktor keturunan
  • Pernah mengalami hyperemesis gravidarum kehamilan sebelum itu, berisiko pengalaman yang sama
  • Wanita yang hamil anak perempuan lebih berisiko tinggi mengalami hyperemesis gravidarum.
  • Peningkatan dan perubahan hormon kehamilan yang mendadak, perubahan metabolik dalam kehamilan, alahan terhadap sesuatu dan faktor psikoligikal di mana gaya hidup penuh stres. Malah, terdapat juga kes hyperemesis gravidarum berkaitan dengan kehamilan kembar.
  • Juga dikaitkan dengan tekanan emosi, masalah sistem penghadaman yang tidak dapat berfungsi dengan baik serta pengambilan diet yang mengandungi lemak terlalu tinggi.

Kesan Hyperemesis gravidarum
  • Kekurangan zat makanan yang ketara, kekurangan air dalam badan sehingga mengalami gangguan elektrolit dan kehilangan berat badan secara ketara. Tidak terkecuali masalah tekanan darah tinggi, hati dan buah pinggang.
  • Pendarahan di tekak dan retina sehingga mengganggu gugat fungsi asalnya.
  • Kekurangan thiamine lalu menyebabkan koma dan meninggal dunia.
  • Membahayakan kandungan. Ibu yang tidak cukup khasiat pemakanan akan menyebabkan pertumbuhan bayi dalam kandungannya terencat, kelahiran pramatang. Bayi juga boleh meninggal dalam kandungan namun hal ini amat jarang berlaku.


Thank you for coming : )

Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Premier Sesi Jun 2014

Unknown | 10:45 am | 0Comments |

Salam.

Permohonan kemasukan ke Politeknik Premier Sesi Jun 2014 boleh disemak di http://upu.moe.gov.my or directly semak kat politeknik. Calon-calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran di www.politeknik.edu.my mulai 12 Mei 2014 jam 12.00 tengah hari. 

Jabatan Pengajian Politeknik mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada calon-calon yang berjaya.

Take a note : Jam 12.00 tengah hari nanti

P/S : Jom sama-sama kita tunggu. Tehee! Semoga berjaya uolls!

Thank you for coming : )

Monday, 12 May 2014

Liebster Award by Eikin

Unknown | 10:05 pm | 2Comments |

Salam.

The Liebster awards

Alamak! Kena tagged pulak oleh eiken. Haha. Tak pe lah. Jadi semangat pulak nak balas. Tak pe. Tak pe.  Kena balas nih nanti merajuk pulak.Gahaha. Memain je. Ngehehe. Soalan dari eikin adalah seperti berikut :


1. How long you have been blogging?

- almost 3 years

2. In your purse rw , how much money that you got?

- RM15. Haha. Musim pokai dah sekarang. Nih je yang ada. Bahaha. Jangan gelakkan tau. 

3. Your crush name started with what alphabet?

- Err. Yelah. Jawablah. Start from "s"
4. List 2 songs that you doesn't know what the song means by.

- Alamak. Punya susah la soalan nih. Haha.

1. Mirror 
2. Wolf
5. Doraemon or Shin Chan?

- Shin Chan. I love the most. Ngehehe.
6. Your dream house?

- Cute and simple.
7. Being a teacher or a police officer?

Teacher much better than police for me lahh. Cita-cita pun nak jadi cikgu. Tapi tak jde rezeki, Sob. Sob.

8. Name of your favourite singer / band ?

-Christina Perry 

9. What is your talent but it's weird in people eyes?

-Suka koyak-koyakkan pemadam sampai hancur bila tak dapat jawab soalan. Haha,
10. How was your feeling when you have to answer all of these questions?

- Lucu pulak dengan diri sendiri. Geram jugak orang tuh bagi soalan susah2. Haha. Tapi best! Hehe. M'ajar erti ketidakhipkritan. Haha.

Baiklah, nak tag orang lain pulak. Dan mangsa-mangsa nya adalah :

1. Sweetyhanieyz83
2. Noor Najwa
3. Myimpiannaad
4. Lobaksusue

Just copy soalan saya kat atas and jawab. Jawab jujur tau! Hehe..





Thank you for coming : )

GIVEAWAY MEI 2014 By IanFaizal.com And Dramaterbaik.com

Unknown | 9:36 pm | 0Comments |

JOIN NOW
CLICK PADA BANNER UNTUK JOIN
11/5/2014-31/5/2014


Thank you for coming : )

" MINI GIVEAWAY KCOLLY BY SYIERA FIRDAUS"

Unknown | 9:25 pm | 1Comments |



Assalamualaikum

Tekan banner untuk join


PEMBAHAGIAN HADIAH
TOP REFERRAL
Kcolly x 1 pemenang
RANDOM
Perla Coffee x 1 pemenang
TAMAT BILA-BILA MASA
Good luck!




Thank you for coming : )

Penilaian Penempatan Iklan from En. Nuffnang

Unknown | 9:14 pm | 1Comments |

Salam.

Baru-baru nih check kat email then nampak email from En. Nuffnang kitew. Then, dia cakap macam nih.
"Penempatan unit iklan yang ada pada blog anda telahpun dinilai sebagai "Tidak Memuaskan" oleh sistem kita.
Keputusan penilaian unit iklan yang ada pada blog anda adalah seperti yang berikut:
- Lokasi large rectangle(LR) telah dinilai sebagai "Tidak Memuaskan".


Alamak. Apa yang dia nak nih? Tak faham. Please anyone boleh tolong tiey tak macamana nak settlekan benda nih. Dah cuba rujuk kat (http://as-abovethefold.appspot.com/)

dan hasilnya macam nih.


maksudnya macamana pulak ni? teiy betul-betul tak faham. Anyone yang tahu settle benda nih sudi-sudi lah share ya.. Thanks..



Thank you for coming : )

Emelda Plus Dress

Unknown | 12:00 pm | 0Comments |

Salam.

Emelda Plus Dress
High Quality Korean Chiffon
*FREE BELT 
*HIDDEN ZIP BELOW ARMPIT (RIGHT SIDE)
Free Size  XS-XL

* Berminat? PM kat FB sini / Fanpage
atau Whatsapp 019-5369015

























Thank you for coming : )

Sunday, 11 May 2014

Penting Tuam Alat Kelamin!

Unknown | 12:12 pm | 0Comments |

Salam.

Penting Tuam alat kelamin

Selepas mandi, biasanya alat kelamin bayi lelaki akan dituam. Alasannya ialah untuk mengelakkan daripada penyakit angin pasang.

Angin pasang berlaku dalam keadaan apabila berlaku penonjolan keluar organ atau tisu atau isi suatu rongga melalui bukaan otot (lubang) yang lemah pada bahagian abdomen. Dinding abdomen yang lemah itu kemudiannya membentuk suatu kantung dengan bukaan berbentuk seperti cincin.

Gangguan ini sering terjadi pada kawasan perut dan yang keluar ialah bahagian dalaman perut seperti usus kecil, usus besar atau lapisan lemak yang menyelaputi kedua-dua usus ini.

Bagi kanak-kanak yang belum mencapai usia satu tahun, biasanya pembedahan tidak digalakkan kerana diharapkan agar lubang tertutup sendiri apabila dia membesar. Namun, jika setelah berusia setahun, lubang masih terbuka, pembedahan akan dilakukan untuk mengelakkan lubang bertambah besar.

Masalah ini lebih banyak dideritai oleh lelaki berbanding perempuan. Atas alasan inilah alat kelamin anak lelaki dituam ketika dalam pantang. Biasanya bahagian sekitar perut, pusat, ari-ari dan bawah kemaluan bayi lelaki akan dituam selepas mandi.

Antara bahan yang biasa digunakan untuk menuam ialah menggunakan punjut dan daun-daun herba. Bahan-bahan yang dimasukkan kedalam punjut adalah jintan hitam, lada hitam, biji sawi, pasir, halba. Bahan-bahan ini biasanya dipanaskan terlebih dahulu dan dibiarkan suam sebelum digunakan. Ada yang menggunakan hanya satu jenis. Manakala daun-daun herba yang sering digunakan untuk menuam adalah daun sirih, daun kecubung dan daun mengkudu. Daun-daun ini biasanya dilayur terlebih dahulu sebelum digunakan.  



Thank you for coming : )

Keputusan UPU Untuk Kali Kedua. Confused.

Unknown | 11:51 am | 3Comments |

Salam.

Firstly, tiey nam minta maaf sesangat kat anyone yang comment or cbox tiey. Yet, i still belum balas your comment and cbox. As u all know, semalam adalah keputusan UPU for the 2nd time untuk tiey. And the result, ALHAMDULILAH. 


Kenapa tiey cakap 2nd time? Sebab ini kali kedua tiey apply UPU. Before this, tiey sambung Asasi Sains belajar kat Universiti Malaysia Sabah. Malangnya, nasib tidak menyebelahi tiey and tiey tinggalkan asasi. And now, for 2nd UPU, tiey dapat. One words, ALHAMDULILAH. I've got dip SC. Cuma, tiey masih didalam belenggu either nak terima atau tak. I'm so afraid SEJARAH akan berulang kembali. Tiey tak expected pun akan berjaya sebab kan kena fight dengan batch'96. Tapi, berkat doa dari family and friends, doa yang tidak putus, maybe this is my last chance. And, In Sha Allah xakan menghampakan hati my family.

Before this, memang tiey rasa down habis, tak nak keluar rumah sebab tak nak orang tanya tiey kat mana sekarang. And now, rezeki datang buat tiey.. Bersyukur sangat. And In sha Allah tiey nak tukar course. Meskipun tak boleh tukar course, tapi dah tanya kawan yang study kat UITM, dorang suruh tiey merayu ngan rektor UITM untuk tukar couse. Bukan tak nak ambik dip sc, cuma rasa takut nak ambil semula dengan apa yg sudah terjadi sebelum nih. 

Apapun keputusanya, tiey kena banyak berdoa lepas nih dan diberikan ketabahan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar U semula. All of my friends cakap dip memang lagi senang than asasi. Sebab tempoh masa lagi lama, and tiey memang dah ada expercience dalam sains. Cuma, tak tahu lagi. Tawaka. Doa. And minta pandangan dari kawan and family. 

P/S : Doakan tiey ya. In sha Allah kalau dah okay semuanya, tiey akan balas comment and kunjungan korang ya. If ada something nak tanya, just PM at FB or email ya. Tiey love u allll!! 



Thank you for coming : )

Saturday, 10 May 2014

Petua Penambah Susu

Unknown | 12:09 pm | 1Comments |

Salam.

Petua penambah susu

Di samping memberi perhatian khusus terhadap teknik dan amalan asas penyusuan yang betul, anda mampu menambah penghasilan susu dengan mengambil makanan tertentu yang semula jadi, murah dan mudah didapati. Berikut adalah bahan-bahan alami yang anda perlukan

Kacang soya
Berbanding susu segar ataupun minuman jenis lain, kacang soya aadlah minuman terbaik yang banyak membantu andamenambah susu ibu. Paling bagus sekiranya susu soya tersebut dihasilkan sendiri kerana susu soya sudah semestinya bebas daripada kandungan bahan pengawet. Jika tidak berkesempatan membuat soya sendiri, minumlah susu soya organik.

Barli
Selain enak dijadikan minuman untuk menyejukkan badan ketika di musim panas, bijirin ini turut memainkan peranan penting dalam merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahupun sejuk.

Oat
Bijirin ini terkenal sebagai bahan yang boleh menurunkan paras kolestrol dalam darah. Selain daripada itu, oat juga boleh menambah susu ibu. Paling mudah, anda boleh menikmati hidangan oat setiap pagi dengan menggunakan oat segera. Untuk menambah kelazatannya, anda boleh mencampurkan oat bersama susu, madu atau buah-buahan segar.

Lobak
Apa sahaja jenis lobak diyakini boleh menambah penghasilan susu ibu. Tidak kira sama ada lobak putih mahupun merah. Walaubagaimana pun, lobak putih dipercayai lebih bagus dalam merangsang penghasilan susu anda. Lobak putih boleh digunakan dalam hidangan sup manakala lobak merah pula boleh dijadikan hidangan salad yang berkhasiat.

Betik muda
Kebanyakkan orang tua mengesyorkan ibu yang mahu menyusukan anaknya supaya makan lebih banyak betik muda. Amalan ini baik kerana betik muda sememangnya berhasil dalam menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya, betik muda dijadikan sup dan dimakan bersama nasi.

Halba
Rempah ini biasanya digunakan dalam masakan kari. Bagi memperoleh khasiatnya, anda perlu mencuci halba terlebih dahulu, keringkan dan simpan di dalam bekas yang bertutup. Anda perlu makan sesudu kecil halba setiap hari. Ada yang gemar merendam halba di dalam air panas selama 15 minit sebelum meminumnya. Malah ada juga yang menelan terus halba tersebut.

Buah kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.

Jantung pisang
Amalkan makan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Bukan sahaja sedap malah jantung pisang membantu menambah susu ibu.

Jintan
Orang melayu dahulu kala memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Ini termasuklah jintan manis dan jintan putih. Kedua-dua jenis rempah ini didapati dapat menambah pengeluaran susu bagi sesetengah ibu. Untuk memperoleh kebaikkannya, anda perlu menggunakan rempah-rempah ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.

Thank you for coming : )