My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Saturday, 19 April 2014

Resipi Cheesecake Durian

Noor Hayati | 6:40 pm | 4Comments |
Salam w.b.t.

Hai murid-murid semua ! Haha. Terlebih pulak. Okay, hari ni kita akan belajar macamana cara nak buat durian cheesecake. Mungkin ada jugak yang tak suka makan durian tapi suka pulak makan cake durian? Ada juga yang tak suka makan durian, tapi kalau makan aiskrim 1 container habis, kan? Haha. Okay, dah merapu lah pulak.

Bahan-bahan :

250 g tepung optima
5 biji telur
3/4 air
3/4 minyak masak
1 sudu teh ovalette

Filling and topping :

250g cream philadelphia
1/2 tin susu pekat kecil (kalau yang suka manis boleh tambah)
Isi durian  3 -5 ketul dilenyek (kalau yang suka durian, boleh tambah)
Cheese cheddar yang sudah dihiris halus

Cara-cara :

1. Pukul telur guna mixer hingga kembang dan putih.
2. Kemudian, masukkan tepung optima sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan ovalette.
3. Masukkan minyak dan air. 
4. Putar lagi sehingga sebati.
5. Bakar dengan suhu 130 darjah celcius selama 30 minit.
6.  Putar cream philadelphia dan masukkan susu pekat.
7.. Masukkan isi durian yang sudah dilenyek.
8. Kemudian, bahagikan kek tadi kepada dua bahagian untuk buat filling.
9. Setelah buat filling, buat pula bahagian topping.
10. Tabur cream cheese yag sudah dihiris di atas toping.
11. Hidangkan.

p/s : Lagi sedap kalau cheesecake disejukkan. :)


Tadaa ! Hasilnya. Cream cheese kurang sebab nak habis dah. Hihi. 
\\

Semoga Berjaya !

Thank you for coming : )

4 comments:

Tashira Sha said...

aa blom tahu lagi pasal cheesecake durian ni. sedap tak kak ? nanti nak try jugaklah

Che Siti Maryam said...

sodap yer......nk try jgk la..

Ms Whatever said...

@Tashira Sha

sedap bagi yang suka makan durian . hehe

Ms Whatever said...

@Che Siti Maryam

hihi. semoga berjaya !