My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Monday, 28 April 2014

RESEPI BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Noor Hayati | 12:00 pm | 1Comments |




Bahan-bahan :
8-10 roti keping putih - lagi sedap roti paun
400ml santan @ ( 200ml santan kotak KARA + 200ml air )
3/4 cawan gula halus
segenggam kismis
4 biji telur
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil pes pandan @ kisar 10 helai daun pandan bersama santan kelapa kemudian tapis
sedikit pewarna hijau - jika perlu
Cara-cara
Koyakkan roti dan ketepikan. Satukan santan, garam, gula, pes pandan dan juga telur. Kacau sebati.
Masukkan roti dan kismis kemudian rendam lebih kurang 5 minit.
Sapu loyang dengan sedikit mentega/marjerin.
Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 30minit.
Sejukkan dahulu kemudian potong dan hidangkan.

Selamat mencuba !!

Tadaa! Inilah hasilnya. Sedapp!


Photo

resepi credit to : Resepi Ummi


Thank you for coming : )

1 comment:

ecah khalili said...

sedapnyeee buat makan petang2..