My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Wednesday, 9 April 2014

Ragam Manusia Bila Ditimpa Masalah

Unknown | 3:24 pm | 0Comments |

Hai! Masing-masing pun punya cara tersendiri bagaimana untuk menyelesaikan masalah korang kan? Yelah, rambut sama hitam, hati lain-lain kan. So, masing-masing ada cara tersendiri bila menyelesaikan masalah.

1. Okay,kadangkala adalah few manusia nie keep blaming another person jika ditimpa masalah. Yang kau blaming orang pasal masalah kau kenapa? Benda dah jadi, takkan dapat mengubah apa-apa pun sampai kau nak belasah dan berdendam dengan sesorang yang kau anggap salah dalam masalah yang kau tanggung. Sebaliknya, setiap masalah yang kita alami tu,biar la kita settlekan sendiri meskipun masalah tu melibatkan orang lain seperti family or kawan, tapi tak payahlah sampai maki hamun,belasah dan sebagainya. Tegur pun dah cukup kan? 

2. Ada juga some people bila ditimpa masalah, dia salahkan takdir dan lebih parah lagi bila dia menyalahkan tuhan penyebab dia ditimpa masalah tersebut. Nauzubillah min zalik . Semoga kita bukan dalam kalangan manusia yang sedemikian. Ingatlah setiap apa jua masalah dan ujian yang kita hadapi semua itu adalah ketentuan tuhan dan setiap ujian itu ada hikmah di sebaliknya. Who knows kan? Sebagai contoh failed and dan result yang tak gempak dan cukup-cukup makan dalam SPM, atau dapat pointer teruk sangat, tapi ingatlah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Mungkin dengan ujian yag belaku itu, kita lebih berhati-hati selepas ini dan lebih bersemangat. Minta lah doa kepada Allah dan tawakal . In sha Allah, setiap yang berusaha pasti akan berjaya.

3. Another sikap segelintir manusia bila ditimpa masalah ni adalah mencari jalan yang 'singkat' untuk menyeelesaikan sesuatu masalah. Tapi,cara singkat itu yang lebih mengeruhkan keadaan. Sebab apa? Sebab ada manusia yang melarikan diri dari rumah, terpengaruh dengan rakan-rakan dengan melakukan perbuatan yang buruk seperti minum arak, dadah, bunuh diri dan sebagainya. Nauzubillah. Ketahui la, Allah la tempat kita mengadu bila ditimpa masalah. Bukan rakan kita yang membawa ke arah kesesatan.

Ada banyak lagi ragam manusia bila ditimpa masalah, tapi itu sahaja la yang saya ingin sampaikan. Cuma, apa jua ujian yang Allah berikan itu, ada hikmah disebalik semuanya. Ingat, Allah sangat merindui tangisan dan doa daripada hambaNya. Sebab apa kita diberikan ujian? Sebab Allah amat menyayangi dan merindui doa umatNya. Ingatlah, Allah tidak akan memberi ujian diluar batasan umatNya. Kembalilah kepada Allah. Allah la tempat kita mengadu. 

Salam =)



Thank you for coming : )

No comments: