Kadang Cemburu Hadir Jua
Perasaan cemburu memang sukar dihilangkan dengan sekelip mata bila kita melihat kejayaan sahabat kita kan? Dan itu lah yang ku rasakan buat masa ini. Ku redha dengan ketentuan ilahi. Mungkin setiap yang terjadi itu ada hikmahnya. Dan Allah telah merancang sesuatu yang terbaik disebalik kesedihan yang kita alami. Memang perit dan pedih dalam melalui apa jua ujian dan rintangan di dunia ini,tapi keindahan akan kita miliki jua akhirnya.
Gagal bukan bererti selamamya kita akan gagal. Tapi kegagalan itu memberi satu kekuatan dan semangat untuk kita agar kita lebih bangun selepas ini. Kesedihan dan putus asa tidak akan memberikan sebuah kejayaan. Singkirkan segala perkara negatif, inshaAllah Allah akan memberi kita jalan dan peluang yang lagi baik selepas ini.
Kenapa kita diberi ujian? Jangan sesekali kita benci dengan ujian yang diberikan. Kita diberi ujian kerana Allah rindukan doa daripada kita. Tiada tempat yang boleh memberi ketenangan selain meluahkan rasa kesedihan kepadaNya.
Ingat, jangan sesekali berasa putus asa,sedih dan sebagainya. Cheer up! Peluang dan rezeki sentiasa ada. InshaAllah. Amin.
salam:]
Thank you for coming : )
No comments:
Post a Comment