My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Saturday 6 April 2013

Mayat Bayi Tanpa Kepala Ditemui Terapung Di Perairan Dekat Sandakan

Unknown | 11:41 am | 1Comments |

Mayat Bayi Tanpa Kepala Ditemui Terapung Di Perairan Dekat Sandakan



SANDAKAN: Mayat seorang bayi perempuan tanpa kepala ditemui terapung di perairan Pulau Nunuyan di sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong berkata, mayat bayi malang yang dipercayai berusia lingkungan tujuh bulan itu ditemui penduduk kampung pada kira-kira 6 petang.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan, untuk dibedah siasat.

Tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Credit : Emasputih

Thank you for coming : )

1 comment:

Unknown said...

Ya Allah,tak sanggup nak tengok,sapa laa yang sanggup buat macam tu.memang kejam..

jemput join contest dari saya,banyak hadiah di tawarkan untuk 16 pemenang :)

http://diarionlinenurul.blogspot.com/2013/04/contest-header-paling-meletop-2013-by.html