My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Tuesday 23 April 2013

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2013/ 2014

Unknown | 1:30 pm | 0Comments |

Semakan tawaran keputusan permohonan matrikulasi bagi sesi 2013/ 2014. Calon yang telah membuat permohonan matrikulasi boleh membuat semakan tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan. Menerusi laman rasmi Bahagian Matrikulasi, tarikh untuk ketahui tawaran akan diumumkan pada 25 APRIL 2013.
Makluman Kepada Semua Pelajar Lepasan SPM 2012
Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan pada 25 April 2013. Harap maklum.

Tarikh Rasmi Keputusan Matrikulasi  Sesi 2013/2014
25 APRIL 2013 (Khamis)

Cara Semakan Matrikulasi 2013/ 2014
Semakan boleh dibuat di laman http://www.moe.gov.my atau http://www.moe.gov.my/bmkpm/ setelah applikasi semakan matrikulasi sesi 2013/ 2014 telah dibuka.
Sehubungan itu bagi calon yang berjaya dan ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014, calon dikehendaki mencetak sendiri perkara berikut untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej :
  •     Surat tawaran
  •     Panduan pendaftaran
  •     Dokumen peribadi pelajar
  •     Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
Semakan Guna SMS
SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Tarikh Pendaftaran Matrikulasi 2013/ 2014
Tarikh pendaftaran kolej matrikulasi ialah pada :
Kolej Matrikulasi Labuan – 19 Mei 2013
Kolej Matrikulasi Sarawak – 26 Mei 2013
Kolej Matrikulasi  seluruh semenanjung – 27 Mei 2013
Rayuan Program Matrikulasi 2013/ 2014
Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan boleh terus dibuat melalui internet di laman sesawang  http://www.moe.gov.my mulai 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013. Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup (9 Mei 2013) tidak akan dipertimbangkan.


Sumber: Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi Sesi 2013/ 2014 | melvister.com 

Thank you for coming : )

No comments: