My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Wednesday, 3 April 2013

Bagaimana Berlakunya Pembentukan Anak Kembar

Unknown | 10:49 am | 1Comments |

Terdapat 2 jenis kembar :

1 . Kembar Seiras

2 . Kembar siam

3 . Kembar tak seiras

1.Kembar Seiras

Satu ovum disenyawakan oleh satu sperma . Kemudian , satu zigot terbentuk . Zigot membahagi dengan lengkap untuk membentuk dua zigot berasingan . Kedua-dua embrio berkembang untuk membentuk dua fetus tetapi berkongsi satu plasenta .

Ciri - ciri :

Sama jantina , kumpulan darah dan ciri fizikal yang yang sama kerana mereka mempunyai bahan genetik yang sama .


2 . Kembar siam

Satu ovum disenyawakan oleh satu sperma . Satu zigot terbentuk . Zigot membahagi dengan tidak lengkap . Dua zigot terbentuk tetapi bercantum di bahgian tertentu . Kemudian , dua embrio berkembang , masih bercantum di bahagian tertentu tetapi berkongsi satu plasenta . Dua fetus bercantum  .

Ciri - ciri :

Seiras dalam semua aspek seperti kembaar seiras


3 . Kembar tak seiras

Dua ovum setiap satu disenyawakan oleh satu sperma. Dua zigot berbeza terbentuk . Dua embrio berbeza.Dua embrio masing-masing mempunyai plasenta tersendiri . 

Ciri - ciri :

Dua individu ini berbeza genetik kerana mereka terbentuk daripada dua ovum dan sperma yang berasingan .

Ciri fizikal tidak sama . Jantina mungkin sama atau mungkin berbeza .

p/s : For mother to be , maybe this information is good for u , and tak dilupakan jugak buad pelajar-pelajar yang amek Science or Science Stream this informtion is also good for your reference :]

Thats all , salam :]




Thank you for coming : )

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

seronok kalau dapat anak kembar, dari segi kemeriahan...tapi dari segi expenses double up la kan... thanks dear for sharing this great piece of info...