Kami antara peminat filem Jurassic Park yang dikeluarkan pada tahun 1993 dan kami masih kecil ketika itu teruja melihat dinosaur dihidupkan dalam dunia filem — walaupun hanya mampu menonton di kaca televisyen menerusi pita VHS. Oh nostalgia.
Jurassic World menampilkan Chris Pratt yang memegang watak sebagai Owen Grady seorang pegawai di taman tema itu yang mengkaji sekumpulan Velociraptor yang diberikan nama Blue, Charlie, Delta dan Echo. Untuk menarik lebih pengunjung, pihak pengurusan telah mengambil keputusan untuk mencipta dinosaur sendiri.
Penyelidik di Jurassic World telah berjaya mencipta Indominus rex yang merupakan gabungan DNA dari beberapa jenis dinosaur kuno iaitu Giganotosaurus, Rugops, Majungasaurus dan Carnotaurus. Namun, keganasan spesis dinosaur baru ini mula tidak terkawal.
Bagaimana Owen Grady dan pasukan sekuriti mengawal Indominus rex dari terus mengganas, itu yang kami mahu tonton dan anda juga harus ke pawagam kerana review awal dari mereka yang sudah menonton filem ini menyatakan ianya satu filem sekuel terbaik untuk Jurassic Park.
Menonton sedutan melalui beberapa trailer yang dikeluarkan, kami pasti Jurassic World akan dipenuhi dengan aksi kejar mengejar — lihat bagaimana Chris Pratt di atas motorsikal bergegas keluar diiringi sekumpulan Velociraptor? Oh kami tidak sabar untuk ke pawagam.
P/S : Tak sabar nak tengokk!! Hee :D
3 comments:
wah.. menarik ni..
Wahh, filem ni mesti agak menakutkan dan menggetarkan dada kan? Huhu, saya pun nak tengok jugak lah! :D
dah start tayang kan? :)
Post a Comment