My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Friday, 5 June 2015

Gempa Bumi Sabah : 15 Gegaran Susualan Sehingga 2 Petang

Noor Hayati | 8:19 pm | 1Comments |

Salam.






KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 15 gempa susulan kecil dilaporkan di Ranau sehingga jam 2 petang tadi selepas gempa bumi sederhana dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter, pagi tadi. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin, berkata Jabatan Meteorologi menjangkakan gempa susulan itu kemungkinan akan terus berlaku hingga struktur tanah di kawasan terbabit stabil. "Sehubungan itu, saya meminta rakyat Sabah khususnya di Ranau dan kawasan sekitar yang terjejas, agar mengambil langkah berjaga-jaga dan bertindak secepat mungkin sekiranya berlaku gegaran susulan bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.





Ewon yang juga Ahli Parlimen Ranau juga menasihatkan orang ramai merujuk laman web Jabatan Meteorologi Malaysia di www.met.gov.my atau di talian hotline 1 300 22 1MET(1638). "Jabatan Meterorologi Sabah juga telah membuka Pusat Maklumat Gempa yang beroperasi 24 jam dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat dengan menghubungi talian 088-413 690 @ 088-413 691. "Selain itu, MetMalaysia turut menyalurkan info semasa mengenai tragedi ini melalui akaun rasmi Twitter mereka iaitu @malaysianmet," katanya.

KEADAAN di dalam sebuah premis di Ranau selepas gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau berlaku jam 7.15 pagi tadi.










Nasib lah tak da siapa2 yang mengalami kecederaan. Tapi tetap risau dengan keadaan family di sana. Hanya mampu mendoakan keselamatan family and kengkawan yang berada di Sabah. Rasa nak pulang ja sekarang. Uwaaaarhh :'(







Thank you for coming : )

1 comment:

Ms. Kejupenyet said...

Ada yang kehilangan saudara, ada yang kehilangan harta benda..
Semoga mereka disana selamat dan tabah menghadapi dugaan dari-Nya..