My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Sunday, 18 September 2016

Apa Beza Jurupulih Carakerja (Occ.Therapy) dan Fisioterapi?

Unknown | 7:47 pm | 0Comments |
Salam. 

Baca tajuk pun mesti korang dah konpius kan? HAHA. Atau korang tau fisio je tapi tak tahu OT? Atau tak tahu kedua-duanya? Its so k and its normal. Bila orang tanya 
"eh, kau belajar apa?"
"Jurupulih carakerja / occupational therapy dalam bahasa omputihnya. 
"Ohh fisio eh? Kerja urut-urut orang tu kan?'
"Eh tak makcik, pakcik kerja saya lebih kepada ajar pesakit kepada aktiviti harian seperti makan, mandi, pakai baju, personal hygiene, and etc. " - kalau rajin nak jawab 
"A'aah makcik, haa lebih kurang mcm tu lahh" -malas nak explain untuk orang yg tak faham

Penat tau nak jawab soalan-soalan dari mulut orang, sebab mostly memang orang takkan tahu kerja OT. *nangis tepi bucu katil dan buat deep breathing*

Tak pa, yang penting kita tahu profisien kita, kita tahu aims kita dan most important things is keikhlasan. Hati kalau tak ikhlas bagi la apa-apa kerja pun memang tak sempurna jadi nya. Niat kita nak ajar patient, nak tolong patient. Tapi kalau hati kita tak ikhlas kita pun rasa berat dan malas nak kerja, in other words sambil lewa bekerja. So adik-adik yg tengah ambik kos ni fikir balik niat korang betul-betul adakah korang ambik kos OT ni ikhlas atau sebab alasan terpaksa dan dipaksa. 

Honestly, saya pun terpaksa dan dipaksa untuk ambik kos ni. Terpaksa sebab apply yang lain tak dapat tp dapat yg ni pulak. Dipaksa sebab mak suruh, future lebih baik lah katakan kan under SPA, senang nak dapat kerja. Seyesly, saya langsung tak minat dan tak tahu pun apa itu OT. Lebih sedih lagi orang-orang sekeliling saya pun tak tahu pasal OT ni. Jadi sampai la saya belajar dari sem 1 sampai sekarang sem 5 masih kabur-kabur lagi, tapi sekarang ada nur sikit dah dapat hidayah sikit lepas praktikal. Cehh, ayat tak boleh blah HAHA. *abaikan*

So sampai lah masa saya tengah praktikal kat ..... masa tu sem 4 dan saya tengah praktikal untuk psikiatrik. Masa lepas buat home visit waktu rehat tu staff nurse tu tanya saya soalan macam-macam saya minat OT ke, tahu tak deskripsi tugas and etc. Jawapan saya still the same, tak tahu. Sampai lah dia tegur dan nasihat saya dan i still remember until today, dia cakap bekerja lah dengan ikhlas. Walau kita tak minat abaikan, lama-lama minat tu akan datang juga. Sebab yang penting kita hari-hari akan jumpa patient, kita lah yg b'tggungjawab treat patient. Kalau tak ikhlas, ibarat kita ni makan gaji buta. Sebelum ni dia pun tak minat nak jadi staff nurse tapi sebab terpaksa. Yang penting niat ikta ikhlas katanya, In shaa Allah. 

 Back to our main story. Beza fisio dan OT. Fisio untuk melatih pesakit untuk positioning, duduk, berdiri dan berjalan. Lebih kurang macam tu lah. OT lebih kepada mengajar pesakit dalam melakukan aktiviti seharian secara berdikari dan kefungsian aktiviti. Nama pun functional activity kan, jadi mestiah ianya purposeful. Aktiviti seharian contohnya makan, mandi, pakai baju, ambulation, personal hygiene and etc. Contoh untuk kefungsian aktiviti seperti berjalan. Berjalan untuk apa? Mestila nak pergi kerja, memasak, shopping, bersukan, mandi dan macam-macam lagi lah. 


Image result for quote occupational therapy

Jadi rasanya semua persoalan adik-adik semua dah terjawab atau masi keliru, boleh tanya saya for details OKAY?
"OCCUPATIONAL THERAPY TOWARDS INDEPENDENCE LIVING"

-Thanks for reading- 


Thank you for coming : )

No comments: