My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Friday 3 July 2015

SECRET RECIPE PEROLEH PENSIJILAN HALAL SEMULA

Unknown | 10:16 pm | 1Comments |

Salam.



KUALA LUMPUR: Secret Recipe menerima pensijilan halalnya semula susulan kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf Central Kitchen di Taman Mayang dan kilang baharunya di Kota Damansara.
Sijil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan syarikat itu mematuhi standard tertinggi keselamatan makanan dan Standard Malaysia Pensijilan Halal, MS1500:2009.
"Kami memberi jaminan bahawa keselamatan makanan dan kawalan kualiti menjadi keutamaan kami berikutan kami telah melalui proses dan standard yang ketat untuk mengekalkan pensijilan kami sejak 15 tahun lalu dan kami akan terus mendukung janji kami kepada para pelanggan," menurut Secret Recipe dalam kenyataan di sini hari ini.
Pensijilan halal Secret Recipe ditarik balik oleh Jakim pada 7 Mei disebabkan 'pelanggaran serius' melibatkan kebersihan dan amalan pengilangan.
Syarikat itu telah dipanggil oleh Jakim, dan ia berjanji akan mengambil tindakan segera berhubung perkara itu dan mematuhi standard halal.
Secret Recipe berkata kumpulan yang terdiri daripada pegawai Pematuhan Halal serta Jaminan Kualiti dan Kebersihan yang berkelayakan dilantik untuk memastikan semua sumber bahan-bahan, penyediaan dan proses mematuhi standard tertinggi keselamatan makanan dan Standard Malaysia Pensijilan Halal, MS1500:2009.
Ini termasuk mematuhi amalan pengilangan yang baik serta garis panduan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal, katanya.
Sumber: Astro Awani

Thank you for coming : )

1 comment:

NARDtheNERD said...

dah boleh laa makan choc indulgence.. hehehe