My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Thursday, 20 March 2014

Mungkin belum rezeki

Unknown | 9:56 am | 0Comments |

Bersabarlah wahai hati. Mungkin belum tertulis rezeki. Tapi,jangan risau Allah sudah menetapkan rezeki masing-masing. Cepat atau lambat pasti akan tiba jua. Yang penting sentiasa bersabar dan berdoa kepada Allah. Hidup belum berakhir jika belum ada rezeki. Yakin lah Dia lah yang maha berkuasa dalam menetukan kejayaan dan kebahagiaan kita.

Kita sebagai manusia hanya memainkan watak di pentas lakonan. Harta, kemewahan,kebahagiaan tidak membawa ke akhirat. Yang pasti amal dan ibadat kiata yang akan dibawa ke akhirat kelak. 

Tidak terlambat untuk aku menyedari bahawa dunia tidak seperti yang kita impikan. Bangga?Riak? Maka Allah s.w.t akan tarik nikmat yang telah diberikanNya kepada kita.

Kawan saya pernah cerita haritu, dia kata dia punya sahabat di mana niat dan matlamatnya untuk SPM hanya memperolehi straight A. Maka Allah pun mengabulkan pemintaanya. Tapi, sampai sekarang dia belum memperolehi apa-apa jua peluang untuk meneruskan pengajian ke universiti. See? Allah dah bagi apa yg dia inginkan. Memohon straight A saja tidak memadai jika tidak berniat untuk membahagiakan dan membalas jasa ibu bapa.

Jadi,renung-renungkanlah . Setiap apa jua yang kita lakukan, dimulakan dengan NIAT dan BISMILLAH . Bukan sahaja untuk anda semua, walhal untuk diri saya sendiri. Jadikan la teladan dalam apa jua perbuatan sia-sia yang kita lakukan . Minta lah keampunan Allah s.w.t dalam apa jua yang telah kita lakukan.

Assalammualaikum .

Thank you for coming : )