My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Friday 17 March 2017

Sungguh Aku Rindu..

Unknown | 6:11 pm | 0Comments |
Assalammualaikum..



        Rindu. perassan yang sukar diungkapkan dengan kata-hanya. Hanya hati dapat merasakan betapa rindu nya dengan orang-orang yang telah pergi. Pergi selamanya. Memang sukar bila insan yang tersayang pergi buat selamanya. Sukar untuk kita menerima kenyataan bahawa orang yang tersayang telah tiada. Rasa seperti mimpi. Tapi sepahit mana pun yang kita rasa, harus akur kerana setiap yang bernyawa pasti akan kembali menghadap ilahi. Siapa kita untuk menjangka, menilai, menghukum, kerana semuanya adalah kekuasaan Allah. Kehilangan kedua ibu bapa adalah sesuatu yang sakit perit rasanya. Tiada lagi tempat untuk mengadu, berkongsi suka dan duka, berkasih sayang.Kadang hati ini rasa kosong, rasa tiada lagi ertinya sebuah kehidupan tanpa disisi kedua ibu bapa.

         Namun, harus ku akui hidup ini perlu diteruskan, walau sekuat mana dugaan yang kita hadapi, meskipun perit tapi siapa kita untuk menyalahkan takdir dan ketentuan. Menangis tiada henti pun tiada guna dan tidak mampu mengembalikan insan yg sudah pergi. Kadang hati berkata kenapa tuhan sangat kejam, sanggup memisahkan sebuah ikatan keluarga. Tapi, apa yang kita rasa, seperit mana pun dugaan, sebenarnya masih ramai lagi orang di luar sana yang ditimpa berbagai dugaan. Kehilangan sekeluarga dalam sekelip mata dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil. Dimana lagi tempat mereka bergantung? Kadang kita lupa, kita lalai, alpa, masih ada lagi di luar sana yang menderita memerlukan bantuan, kasih sayang.. Biarpun seketika, namun aku bersyukur dapat merasakan kasih sayang kedua ibu bapa biarpun hanya sementara. Tangan yg membesarkan ku, melahirkan ku, menjaga ku dari kecil sehingga dewasa, tidak pernah mengeluh walaupun hidup dalam kesusahan. Namun aku tetap bersyukur, kerana dapat dibesarkan oleh kedua ibu bapaku. Yang banyak mengajarku erti kehidupan, bersyukur, susah dan senang dilalui bersama..Mereka tidak pernah mengeluh, malah masih mampu tersenyum demi membesarkan ku dan adik beradik lain. Kadang aku terfikir, mampu kah aku menjadi kuat seperti mereka sedang hati ini rapuh, tidak kuat, jatuh, terluka, Tapi Allah itu maha berkuasa. Hanya Dia tempat mengadu. Tiada cinta yg sejati selain Allah. 

         Hidup hanya sementara. Setiap dugaan yg kita terima sebenarnya ujian dari Allah kerana Dia sangat merindui dan menyayangi hamba Nya. Hanya orang yg kuat mampu menghadapinya. In shaa Allah, hati ini perlu kuat. Kuat untuk menghadap hidup ini. Kuat untuk menerima apa jua dugaan yg bakal menanti. Semoga hati ini terus tabah. Al Fatihah untuk kedua orang tuaku. Jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan yg beriman. Amiin. 

Thank you for coming : )

No comments: