My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Sunday, 7 October 2018

Its been a long time i didnt update my blog!!

Unknown | 8:15 pm | 0Comments |
Assalammualaikum.. 

I wont care if nobody read my blog because it is just for my sharing expression,thought and feelings media. Ada lagi ka org nak baca blog aku ni?? kuikui. Sampai dah terlupa password and i thought i deleted my blog kahkahkah!! And then i try to ingat balik my password for a few times and i did it! Tak sangka berjaya jugak dapat password lama. Luckily, my brain still function and recall back my memory. Actually the reasons i didnt update my blog sebab masa zaman study dulu tak da masa wei nak update blog, maybe i cant manage my blog time with study time. And time tu pulak guna internet ciput ala kadar sebab belum mampu lagi kan, well student life, ikat perut jimat duit cukup-cukup elaun sebulan untuk sara hidup haha. But now, the situation isnt same as previously. I thought zaman kerja lagi best boleh huhahuha, doing everythings, no stress at all. But its just fantasy unless engkau memang anak orang kaya, goyang kaki ada company sendiri. BUT IT ISNT MEEEE!! Sometimes i feel like 'bestnya jadi org kaya, boleh beli handbag mahal-mahal, hermes, gucci, lv and whatever you name it. Pas tu tiap minggu pi sephora beli make up, aku hanya mampu memandang je la dari jauh and jauh dari lubuk hati yg paling dalam 'bila lah aku mampu nak beli kat sini'. Actually mampu je tapi disebabkan bila dah meningkat dewasa ni kau hanya beli kepentingan dari keinginan. 

And when people macam 'ehh kerja gomen, gaji besar, bla bla bla'. Fuhh, ya memang kerja gomen banyak kelebihan. Kelebihan apa? Kelebihan nak loan senangg. How bout me?? I wont sacrifice my gaji just for bayar hutang keliling pinggang. Apa guna hidup gaya mewah tapi poket kosong? So hidup la bersederhana. I have friends yg baru start kerja dah beli kereta honda, loan ribu riban, hutang sana sini sebab nak show off 'KAYA'. Pas tu menyesal, bla bla bla. Hmm, for me it doesnt matter korang nak beli apa pun, tapi kena ikut kemampuan. For me, i dont like hutangg, i rather saving my own money, bukak ASB ke TH ke, biar rasa sakit mula-mula tapi untung di kemudian hari. I've been followed some people yg bagi motivation pasal money management. Luckily i have kesedaran untuk menyimpan. 

Dah syok-syok meluahkan perasaan ni, i tak tau pun i cerita apa. Maybe cerita pasal life cronology? Or perbezaan student life dengan kerja? I pun tak tau. Cuma, apa yg i tau makin lama, or makin dewasa macam-macam dugaan and masalah yg kena tempuh. Tak kira lah masalah dengan boss tempat kerja ka, masalah hutang ka, sakit, or whatever it is. Hidup kita memang sentiasa dilanda masalah. And i realize 1 things, sebesar mana pun masalah kita hadapi, ada orang lain yg mungkin mengalami masalah yg sama dengan kita atau lebih lagi dari kita. Maybe kita nampak dia happy, mampu tersenyum, tapi who know kan? So sama-sama lah kita saling memahami, kawal emosidengan sebaiknya, mungkin ada perkara yg kita terlepas cakap mengguris hati org sekeliling kita;. Kita tak tahu. Okay lah, i think thats enough. Macam nak tulis ayat novel je. Haha. Okay, salam :) 

Thank you for coming : )

Friday, 17 March 2017

Sungguh Aku Rindu..

Unknown | 6:11 pm | 0Comments |
Assalammualaikum..



        Rindu. perassan yang sukar diungkapkan dengan kata-hanya. Hanya hati dapat merasakan betapa rindu nya dengan orang-orang yang telah pergi. Pergi selamanya. Memang sukar bila insan yang tersayang pergi buat selamanya. Sukar untuk kita menerima kenyataan bahawa orang yang tersayang telah tiada. Rasa seperti mimpi. Tapi sepahit mana pun yang kita rasa, harus akur kerana setiap yang bernyawa pasti akan kembali menghadap ilahi. Siapa kita untuk menjangka, menilai, menghukum, kerana semuanya adalah kekuasaan Allah. Kehilangan kedua ibu bapa adalah sesuatu yang sakit perit rasanya. Tiada lagi tempat untuk mengadu, berkongsi suka dan duka, berkasih sayang.Kadang hati ini rasa kosong, rasa tiada lagi ertinya sebuah kehidupan tanpa disisi kedua ibu bapa.

         Namun, harus ku akui hidup ini perlu diteruskan, walau sekuat mana dugaan yang kita hadapi, meskipun perit tapi siapa kita untuk menyalahkan takdir dan ketentuan. Menangis tiada henti pun tiada guna dan tidak mampu mengembalikan insan yg sudah pergi. Kadang hati berkata kenapa tuhan sangat kejam, sanggup memisahkan sebuah ikatan keluarga. Tapi, apa yang kita rasa, seperit mana pun dugaan, sebenarnya masih ramai lagi orang di luar sana yang ditimpa berbagai dugaan. Kehilangan sekeluarga dalam sekelip mata dan terpaksa meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil. Dimana lagi tempat mereka bergantung? Kadang kita lupa, kita lalai, alpa, masih ada lagi di luar sana yang menderita memerlukan bantuan, kasih sayang.. Biarpun seketika, namun aku bersyukur dapat merasakan kasih sayang kedua ibu bapa biarpun hanya sementara. Tangan yg membesarkan ku, melahirkan ku, menjaga ku dari kecil sehingga dewasa, tidak pernah mengeluh walaupun hidup dalam kesusahan. Namun aku tetap bersyukur, kerana dapat dibesarkan oleh kedua ibu bapaku. Yang banyak mengajarku erti kehidupan, bersyukur, susah dan senang dilalui bersama..Mereka tidak pernah mengeluh, malah masih mampu tersenyum demi membesarkan ku dan adik beradik lain. Kadang aku terfikir, mampu kah aku menjadi kuat seperti mereka sedang hati ini rapuh, tidak kuat, jatuh, terluka, Tapi Allah itu maha berkuasa. Hanya Dia tempat mengadu. Tiada cinta yg sejati selain Allah. 

         Hidup hanya sementara. Setiap dugaan yg kita terima sebenarnya ujian dari Allah kerana Dia sangat merindui dan menyayangi hamba Nya. Hanya orang yg kuat mampu menghadapinya. In shaa Allah, hati ini perlu kuat. Kuat untuk menghadap hidup ini. Kuat untuk menerima apa jua dugaan yg bakal menanti. Semoga hati ini terus tabah. Al Fatihah untuk kedua orang tuaku. Jasamu akan ku kenang hingga ke akhir hayat. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan yg beriman. Amiin. 

Thank you for coming : )