My Buddies

Jom Baca Entry Menarik Ni !

Wednesday, 10 December 2014

BAHAYA “RUMPAI MIANG MEXICO”!!

Unknown | 10:24 pm | 0Comments |


SALAM.


KEJADIAN ALAHAN KULIT DAN GEJALA GANGGUAN SISTEM PERNAFASAN AKIBAT TERDEDAH KEPADA “RUMPAI MIANG MEXICO”
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada keratan akhbar The Star bertarikh 09 Disember 2014 yang melaporkan kejadian alahan pada kulit dan gejala gangguan pada sistem pernafasan di kalangan pekerja ladang kelapa sawit di Sidam Kedah. Laporan tersebut menyatakan kemungkinan kejadian tersebut adalah berkaitan dengan “Rumpai Miang Mexico (Parthenium hysterophorus)”.
Untuk makluman, “Rumpai Miang Mexico” adalah sejenis tumbuhan liar yang berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum tersebar ke Asia, Afrika dan Australia. Rumpai ini dikatakan berbahaya kerana boleh memberi kesan yang teruk kepada ekosistem semulajadi, sektor pertanian dan ternakan serta menyebabkan alahan kepada manusia.
Bahan kimia yang terdapat pada rumpai Miang Mexico (debunga, bahagian akar, daun dan batang) iaitu parthenin, hymenin dan ambrosin dikenalpasti boleh memberi kesan ke atas kesihatan manusia. Golongan yang berisiko adalah mereka yang terdedah secara langsung dengan “Rumpai Miang Mexico” terutamanya kanak-kanak dan orang tua. Namun begitu, tidak semua yang terdedah mengalami reaksi alahan atau alergi. Sesetengah orang mengalami gejala apabila pendedahan berterusan dan berulang kali. Gejala daripada tindakbalas alahan adalah seperti ruam kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak, dan allergic rhinitis serta gangguan pada sistem pernafasan seperti selsema dan asma.
Berdasarkan maklumat terkini, didapati tiada peningkatan tren pesakit dengan gejala alahan kulit dan pernafasan seperti asma dilaporkan dari fasiliti kesihatan di negeri-negeri yang terlibat seperti Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.
Sehubungan itu, KKM ingin menasihati orang awam supaya mengelakkan diri daripada terdedah atau tersentuh (contact) dengan “Rumpai Miang Mexico”. Adalah dinasihatkan juga, mereka yang mengalami gejala alahan atau masalah pernafasan akibat terdedah dengan rumpai ini, segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran dan memaklumkan kepada pengamal perubatan yang merawat berkaitan sejarah pendedahan terhadap rumpai tersebut.
KKM akan memantau situasi kejadian yang melibatkan “Rumpai Miang Mexico” ini dan meminta agar Kementerian atau agensi yang berkaitan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengawal atau memusnahkan rumpai atau tumbuhan tersebut yang boleh mengakibatkan kesan kesihatan kepada orang awam.
Sekian dan terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
09 Disember 2014

Thank you for coming : )

Ya.. Sudah Terlalu Lama Menyepi Di Blog Sejak Menjadi OT ..

Unknown | 10:11 pm | 1Comments |

Assalammualaikum..

Yaa, its been a long long time ago. Last update bulan 6 rasanya. Kenapa? Kenapa?
Kerana masaku sebelum ini difokuskan lebih kepada study. Memandangkan diberikan rezeki untuk menjadi pelatih Jurupulih Cara Kerja a.k.a Occupational Therapy di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru dengan serta merta aku quit dari dunia blog. Dan memandangkan baru hari ini password ku telah recovery so aku pun mula melepaskan kerinduan bersama mu wahai blog.


Jurupulih Cara Kerja? Apa tu ? Fisioterapy tu ke? Yang urut-urut tu ke? Aku pun dulu tak tau langsung apa itu OT.  The answer is no. First question semua orang akan tanya benda yg sama. Lemme explain to u all, Yaa, OT dengan fisio memang mcm sepupu. Tak boleh dipisahkan. OT is a professional job under KKM and it is more towards independence living, atau dalam erti kata lain OT lebih kepada keberdikarian hidup. Contohnya aktiviy daily living, instrumental activity daily living, sleep and rest, work, play, leisure and social. 

So, aktiviti dilakukan kepada patient untuk melatih patient untuk membuat aktiviti tu secara sendiri Eh, banyak cakap pulak dah. HEHE. Overall and as conclusion, bila aku mulai mendalami dan menghayati OT dengan klinikal baru-baru ni, barulah mata terbuka luas dengan pekerjaan OT. Yes! Memang best! Best bila kita tahu tahap pencapaian patient tu dari mula dia cant do anything until he/she can do anything infront of your eyes until discharge. So, kita boleh nampak perkembangan patient depan mata kita sendiri. And the best feeling is, uolls rasa OT sangat hebat sehingga dapat memulihkan pt dari tak boleh gerak jadi beransur pulih dan dapat bergerak semula.

Even baru sem 1 and still freshie, bila kita cuba fahami dan hayati sesuatu benda kebaikan kita akan mulai rasa suka dan yes, pahala sentiasa berpanjangan in shaa Allah. No more regret to keep moving and always understanding more about OT.

Baiklah, sekian dari mak jemah, panjang lebar pulak explaination kite nih. HEHE. Sampai ketemu lagi.
SALAM

Thank you for coming : )